Kenapa diam? Wakakak !!!

[...] Menurut Wan Hamidi Hamid di dalam akhbar Internet The Malaysian Insider, antara mereka yang mengkritik kuat aktiviti berpaling tadah atau melompat parti di dalam UMNO ialah:
  • Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
  • Ketua Penerangan UMNO Johor, Mohd Puad Zarkashi
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Shafie Apdal
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Rais Yatim
  • Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi
  • Menteri Pendidikan, Hishamuddin Hussein
Kini, aneh sekali, tiap-tiap satu daripada mereka ini membisu tanpa mengulas atau menyuarakan sepatah kata mengenai peristiwa bersejarah melompat parti di Perak yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di situ, termasuk mengenai pencapaian cemerlang pemecah rekod acara melompat ini, iaitu Nasaruddin Hashim, yang telah berjaya melompat sebanyak 2 kali (dari UMNO ke PKR dan sebaliknya) dalam tempoh singkat 10 hari — satu pencapaian yang tiada bandingan di dalam sejarah semasa politik mana-mana negara Asia mahupun di dunia. [read more]

1 comment:

Pengasas said...

Salam,
Maksudnya, Nasarudin Hashim dah jadi juara lompatlah? Juara lama, Ibrahim Ali, pun kalah? Ezam Kotak tak bertanding?
Senyaaaap aje dia orang tu. Semua mereka akan disimpan dalam peti ais. Bila nak diguna, barulah dikeluarkan. Kalau terlalu beku, umno siram dengan air suam.
Kesian, kesian.