Usah naik harga gulaJangan ingat putih itu indah ... Woooo ... di jadikan trend menteri menteri. Rambut Putih bukan kerana pengalaman, tapi nak tunjuk hebat. Yang hitam tiba tiba putih. Yang muda nampak tua, tapi perangai macam budak budak. Kat luar cakap pandai, kat dalam bodoh tak boleh di ajar. Hah ... sekarang sedikit kenyataan, merosakkan segala. Baru sekarang semua nak di tegur. Sekarang kecoh satu negara. Puncanya ... dia berkata "Gula bakal naik !!!"
IPOH 31 Jan. – Persatuan Pengguna Perak (PCA) meminta kerajaan menangguhkan cadangan untuk menaikkan harga gula bagi mengurangkan beban rakyat yang kini berdepan dengan kelembapan ekonomi negara.
Setiausahanya, R. Suguna berkata, langkah itu perlu kerana kenaikan harga bahan keperluan tersebut boleh menyebabkan peniaga menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual.
‘‘Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga barangan keperluan di samping ramai yang kehilangan pekerjaan disebabkan kelembapan ekonomi.
‘‘Kerajaan perlu menangguhkan cadangan itu kerana kenaikan harga gula sudah tentu menyebabkan harga makanan yang berasaskan gula akan naik dan pengguna bakal menanggung beban kewangan yang meningkat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad baru-baru ini berkata, harga gula akan dinaikkan awal bulan depan berikutan peningkatan harga barangan itu di pasaran dunia.
Menurutnya, jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kerajaan terpaksa memberi subsidi untuk barangan itu.
Katanya, kementerian kini dalam proses pengumpulan maklumat sebelum menetapkan harga baru gula.
Kalau seorang manusia yang bodoh, satu negara jadi sengsara.
Kerana itu merak burungnya cantik, akal tiada.
Kerana itu gajah besar, tapi fikirannya cetek.
Kerana itu chimpanzee binatang bijak, tapi cantik tiada.
Kerana itu sawa besar tubuhnya, tiada bisa.
Tiada yang lengkap, tiada yang sempurna.
Cuma manusia yang mahu sempurna. Di ubah rupa kononnya semuanya ada.
Stok gula berkurangan ?....
Bukan hanya gula
tapi kita juga sudah kekurangan 'stok akal' dalam kepala menteri.
2 comments:
alaa kalau korang diletak kat tempat menteri tu pon korang pening..sebuk mengata orang ajer tak habis²..mati korang bawak laa blog nie,semua penyebab pecah belah kaum aje..bosan!!
yang bodoh buat cara bodoh. kalau dah tau bodoh kenapa jadi menteri. Ni la masalah dengan menteri kat malaysia ni. Dah gila kuasa. Tak tau kerja tapi nak jadi menteri. Sapa suruh.
Post a Comment