Kenyataan Media IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

3. Kedudukan 3 orang ADUN Bebas bertentangan dengan akujanji yang telah mereka tandatangani sebelum ini, maka kerusi mereka sewajarnya kosong dan diadakan pilihanraya kecil. Oleh itu, kedudukan kerusi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 kerusi. Sepatutnya DUN Perak dibubarkan untuk mendapat mandat baru dari Rakyat Negeri Perak.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.
dipetik : alhusseyn51.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Nizar patut diselamatkan dengan membawanya keluar dari Malaysia dan menjadi Menteri Besar Perak Dalam Buangan.