Kerajaan Haram akan tersangkut di DUN Perak

[...] Najib terlupa bahawa speaker DUN yang masih lagi kekal adalah dari ADUN DAP. Maka itu sidang DUN pada bulan hadapan akan dimasuki oleh Menteri Besar Haram yang akan ber-speaker-kan ADUN Pembangkang.

Ada dua masalah yang akan dihadapi:

Pertama, Speaker DUN Perak tidak boleh dipecat begitu sahaja. Speaker hanya boleh dilucutkan jawatan melalui usul tidak percaya terhadapnya. Dalam soal ini Speaker DUN ada kuasa mutlak untuk menerima atau menolak usul tersebut. Dalam soal ini apakah Speaker DUN Perak akan terima usul undi tidak percaya yang akan dikenakan terhadapnya dalam krisis dan konflik di Perak ini.Nampaknya jauh panggang dari api. So sampai bila-bilapun Menteri Besar Haram Perak tidak boleh tukar Speaker itu kecualilah DUN Perak dibubarkan. Kena melalui pembubaran juga !! Yang takut sangat nak bubar tu kenapa ?

Masalah yang kedua kata Datuk Husam, Speaker DUN Perak tidak iktiraf Menteri Besar Haram Perak kerana bagi Speaker, Menteri Besar Perak masih lagi Datuk Seri Nizar. Najib terlupa, peraturan tempat duduk dan aturan persidangan adalah kuasa mutlak Speaker. Dan lagi bermasalah kepada kerajaan Haram BN itu apabila nanti Speaker boleh menghalau ADUN Jelapang, ADUN Changkat Jering serta ADUN Behrang yang pada pandangan speaker mereka ini telah terlucut jawatan sebagai wakil rakyat. [read more]

1 comment:

EQUILIBRIUM said...

ihi le fenomena yang teman katakan najib ceghodik tak boleh diikut. gelojoh tak nyabo2.

mungkin joke of the year akan berlaku di sidang dun perak tahun ini. adun amno akan menangih tak berlagu memujuk speaker menerima usul untuk memecat diri sendiri wakakakakaka