Lidah tak bertulang II
FEB 8 – Walau apa pun yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional di Perak untuk memenangi hati rakyat, ia tetap menjadi sejarah hitam dalam politik Malaysia di mana satu rampasan kuasa telah berlaku.
Malah, apa-apa sahaja yang cuba dilakukan selepas ini untuk menghalalkan lompatan wakil rakyat yang menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih secara demokratik di Perak, ia tetap tidak akan memadamkan hakikat bahawa kerajaan negeri BN itu wujud tanpa mandat rakyat.
Pada masa yang sama, pimpinan Pakatan Rakyat kini bersiap sedia untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah bagi mencabar kesahihan kerajaan negeri rampasan itu. Sama ada berjaya atau tidak, terpulang kepada proses perundangan dan kehakiman negara ini.
Namun dalam keadaan haru-biru ini, pimpinan Pakatan Rakyat sepatutnya bertenang seketika untuk muhasabah diri. Bukan sekadar untuk menghadapi taktik kotor politik atau penggunaan aparatus negara oleh BN tetapi juga melihat kelemahan yang ada di kalangan mereka. [read more]
1 comment:
Ketika lanun-lanun yang diketuai Zombie D'Pangkor menjarah harta kekayaan negeri Perak,tetiba je Karpal Singh mendesak Anwar letak jawatan sebagai pemimpin De Facto Pakatan Rakyat.
Apa ke halnya Karpal Singh ni....Don't jump the ship right now ok.Pelik juga Tok dengan kelakuan buang tabiat Karpal tu.Kalau Samy Vellu,Ong Tee Kiat,Keng Yaik dan Koh Tsu Koon yang cakap macam tu taklah heran tok.
Eloklah perselisihan ini kita selesaikan macam adik-beradik.ok....Tok harap bloggers semua tak payah ulas kenyataan Karpal ni,eloklah kita fokus pada usaha kita untuk merampas semula Perak daripada lanun-lanun Zombie D'Pangkor ini.Anggaplah Karpal tu tengah merajuk
Kerajaan haram biasanya tak kekal lama.Teruskanlah bantahan dan demo,lakukan hari-hari sehinggalah Sultan Azlan akur dengan kehendak rakyatnya dan bukannya atas arahan Najib.
Penyokong DAP setiap malam nyalakan lilin sebagai tanda matinya demokrasi di Perak.Penyokong PAS,PKR dan DAP juga boleh berkawal di kediaman MB,lakukan demo dan pengundi-pengundi di Behrang,Changkat Jering dan Jelapang datanglah beramai-ramai menandatangani petisyen desak 3 DUN katak korang letak jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan.
Tok nak cadangkan kita juga tumpukan usaha untuk merampas Negeri Sembilan dan cuba curi seorang ADUN BN di Pahang agar Najib terus tumbang tak bangkit-bangkit lagi.
Bloggers semua boleh memainkan peranan dengan membentuk kesatuan yang kuat sesama rakan-rakan bloggers.
Pemimpin Pakatan Rakyat juga perlu berikhtiar menanggung perbelanjaan makan-minum dan lain-lain lagi di kediaman MB Perak.Berilah juga sedikit sumbangan kepaad rakan-rakan bloggers kita yang siang malam bertungkus lumus update blog masing-masing untuk defend Nizar sebagai MB Perak.
Tok juga cadangkan PAS tambahkan lagi unit amal yang berkawal di kediaman MB Perak keraan tok ada dengar khabar angin Nizar akan ditahan di bawah ISA dan dipaksa tandatangan surat perletakan jawatan MB Perak.Setiap penjuru rumah MB Perak kita jaga bergilir-gilir.
Tok masih belum berputus asa kerana tok sangat yakin kerajaan haram BN yang diketuai oleh Zombie D'Pangkor akan tumbang tidak berapa lama lagi.
sebelum mengundur diri Tok nak cadangkan Khalid Ibrahim tukarkan SUK selangor yang totok UMNO tu.Kalau dia enggan ditukarkan,beri dia tugas bancuh kopi,photostat,hantar dokumen dan taip surat.Tok gerenti,dia sendiri akan mintak tukar.
Mulai hari ni biarlah orang kita berada di pejabat MB agar segala kerahsiaan kita terpelihara dan tidak akan berulang lagi peristiwa MB Perak diusir SUK Perak keluar dari pejabatnya.sampai hari ni tok panas hati kat SUK Perak tu.
Post a Comment