Ada orang post di tranungkite.net
PostPosted: Sat Feb 07, 2009 4:10 am Post subject: Sudut baru yang perlu dilihat......Semua ini angkara DAP ? Reply with quote
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja.
Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini.
Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti :
- Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ?
- U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer)
Dsb....
- Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi...
- U better learn how to walk first ?
Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka. Kalau raja dahulu kala memberi dikri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya.
Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini.
Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sujurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan.
Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini.
Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka. Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni...
Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam
Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...
4 comments:
Salam PakRaden,
Memang terpilih.
salam.ABO akan directly counter check dgn MB Perak ttg artikel ini hari ini juga, jika benar itu yg berlaku..cukup setakat ini khidmat ABO, kepala dah makin 'bengg' cakap lu!
Andai benar..ABO sedih ! dan sedikit sakit hati yg memberi emosi!
aku pon sama laa....
Tok nak ulas sikit komen-komen negatif yang menyalahkan satu sama lain di dalam Pakatan Rakyat ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Ada yang menyalahkan faktor Nga dan Ngeh dalam DAP,ada juga yang menyalahkan 2 Exco PKR yang masih belum hilang jiwa UMNOnya dan tak kurang juga yang menyalahkan Nizar kerana kononnya jadi boneka DAP.
Korang kena sedar ketika ini,UMNO sedang cuba untuk mencuri seorang ADUN Pakatan Rakyat berbangsa India kerana mereka tidak mempunyai seorang wakil berbangsa India
Bagi tok yang bersalah dalam perkara ini adalah UMNO kerana menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak secara rampasan kuasa.Itu confirm.Kepentingan politik UMNO lebih penting daripada kehendak rakyat jelata.
Jarum kedua yang dimainkan oleh UMNO ini lebih keji iaitu memainkan jarum perpecahan dalam Pakatan Rakyat agar mereka berpecah-belah dan mudah ditumbangkan.
Korang semua kena sedar ketika inilah kita kena bersatu-padu dan berganding bahu menentang permainan politik licik UMNO yang boleh diibaratkan seperti pelan terancang Yahudi.
Sebenarnya kerajaan haram UMNO yang baru ditubuhkan itu tidaklah sekuat mana.Tidak lama lagi akan berlaku perebutan jawatan exco sesama mereka.Takkan nak beri kat 3ADUN Bebas tu pasal mereka dah lama duduk dalam UMNO.Naklah juga merasa kereta Toyota Camry baru tu.
Ada juga kedengaran ADUN BN yang ingin melompat parti kerana tak puas hati zamri jadi MB.Aku dah lama dalam UMNO tapi budak mentah yang jadi MB.
Eloklah ketika ini,semua bloggers mencari jalan meranapkan kerajaan haram BN ini dengan mencari kelemahannya dan berhati-hati ketika menyiarkan komen yang mungkin ditulis oleh orang UMNO dengan niat memecah-belahkan Pakatan Rakyat.
Korang takkan dah lupa UMNOlah yang menyerahkan Singapura free macam tu je kepada Lee Kuan Yew.UMNO juga yang bodoh buat perjanjian jual air ke Singapura dengan kadar 3 sen untuk seribu gelen.UMNO jugalah yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada anak Lee Kuan Yew,Lee Hsien Long.
Lagi lama UMNO memerintah lagi banyak tanah Melayu akan dirampas.Terbaru Wilayah Pembangunan Iskandar,Kg Baru di Kuala Lumpur telah lama diidam-idamkan pemimpin UMNO untuk dibangunkan kerana nilai tanahnya yang agak mahal.
Post a Comment