KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN DIPERSENDA
[...] “Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.
“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.
”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.
Persoalannya apakah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mampu menambah yakin rakyat serta memadamkan “kembara dendam” di masa mendatang kesan percaturan merebut kuasa yang cukup berkelam kelibut di Perak? Kecelaruan yang berlaku oleh percaturan songsang kedua pemimpin tersebut tentunya tidak memungkinkan situasi damai berpanjangan. Ini disebabkan menurut sifir nyata, Barisan Nasional sekadar memiliki 28 kerusi di Dewan Negeri, begitu juga dengan pakatan rakyat. [read more]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment