Lelaki edar gambar bogel Exco Selangor belum dikenal pasti

PETALING JAYA: Polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik pengedaran gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis bagaimanapun akan merekodkan kenyataan daripada wartawan, yang memaklumkan kepada wakil rakyat itu mengenai pengedaran gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu.

"Kami juga akan memanggil seorang wartawan, yang memaklumkan mengenai pengedaran gambar bogel itu kepada wakil rakyat Bukit Lanjan itu. Jadi saya harap semua pihak bersabar sehingga kami menyelesaikan siasatan kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. [read more]
Isk ... Isk .. Iskkk .. ye ke ... cuba check SINI

No comments: