Mac banyak aktiviti - SPR

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.

Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi. [read more]

3 comments:

xmizanx said...

yah, kerajaan bn harus dihapuskan di muka bumi ini...

http://keretatauhu.blogspot.com/

Pengasas said...

Salam,
Akar-umbi bn dah banyak yg busuk dan reput. Kalau disuntik hormon setempayan pun pokok bn tak akan hidup lama.

tok iskandar said...

Usahkan 60 hari,kalau SPR berikan tempoh 2 tahun kepada UMNO-BN belum tentu boleh menang.

SPR,makhluk perosak yang hidup dalam UMNO-BN kata Mac banyak aktiviti.

Setakat ni tok tengok orang UMNO-BN dah mula gantung bendera merekakat area Bukit Gantang,takkan SPR pejam mata je kot.

Eloklah MB kita,Nizar arahkan pihak berkuasa majlis perbandaran buang aje bendera UMNO-BN yang menyemakkan mata itu.Jika mereka tidak lagi menurut arahan MB Nizar dan SPR pula pejam mata,eloklah malam-malam kita buat operasi buang bendera UMNO-BN ini.

Pakatan Rakyat kena sediakan sepasukan peguam untuk membela mereka yang ditahan polis.Nasib 4 petugas PKR yang ditahan polis tidaklah dketahui.Tok berdoa mereka akan dibebaskan segera dan mulai hari ini tok nak cadangkan sepasukan peguam disediakan oleh Pakatan Rakyat untuk membela petugas dan penyokongnya yang ditahan polis.

Masa untuk kita berlembut dengan UMNO-BN sudah berakhir.UMNO-BN kini seolah-olah kebal dan undang-undang negara macamlah mereka yang buat.SPR,Polis,Mahkamah hinggalah kepada Raja Melayu berani mereka pergunakan untuk mencapai agenda politiknya bairpun dengan cara yang amat jijik dan tidak bermaruah.

selepas ini dalam setiap ceramah yang disampaikan oleh pemimpin dan penceramah politik daripada Pakatan rakyat,tok cadangkan mereka sebutkan sejarah penderhakaan UMNO terhadap Raja Melayu satu persatu.Jangan lupa sejarah Mat Taib bawak lari adik Sultan Selangor ke Siam.wakakak.Pinjam gelak Radenjowo.

Kalau 50 tahun dulu bolehlah UMNO gunakan isu derhaka ini,sekarang zaman internet beb.....betullah kata bijak pandai yang kat dalam UMNO sekarang semuanya bengap-bengap belaka.banyak sangat makan kepala ikan kot.

jangan lupa sebutkan sejarah pengkhianatan UMNO terhadap Melayu termasuklah bagi free Singapura dan Pulau Batu Putih kepada Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Long(anak Lee Kuan Yew dan PM Singapura ketika ini).

UMNO ibarat tunggul mata yang hampir reput.kalau nak buat kayu apipun tak berapa nak boleh.

Kepada 3+1 DUN Pembelot.3 Bebas dan sorang UMNO,jika dibolehkan eloklah dipulaukan aje mereka biar jadi kera sumbang sehinggalah mereka setuju letak jawatan sebagai ADUN dan PRK dapat diadakan.