Mari dalamkan kubur UMNO

Banyak komen yang kasar kasar, celupat di tinggalkan pelayar UMNO yang dungu dungu. Wakakak !!! Sebab apa aku kata dungu, sebab diorang ingat blog aku ni tempat diorang lepas kan perasaan. Sorry bro ... gua tak macam dulu.

Perak mengajar aku bagaimana untuk berdepan dengan mangkok mangkok berayun UMNO.

Kalau ketika PR ambil alih kerajaan mereka dulu, pemimpin PR dok bersopan santun. Ucap salam, minta lalu, kelamet ... (kata orang Jawa) bila masuk ke SUK. Sekor polis pun kita tak gunakan untuk kawal bangunan. Tu sebab banyak fail sulit di bawa lari malam malam buta. Harapkan penyokong PR je yang sibuk kawal bangunan. Diorang nak masuk bertugas, kita tak halang. Dan banyak lah dokumen yang di schreader dan dihancurkan. Bukti salahguna kuasa dan seleweng pun lenyap. Tapi dosa tidak hilang.

Tapi bila lihat bagaimana DS Nizar di halau dan dihina, maka ruang komen blog ini pun di tutup. Hanya komen yang berkualiti dan terpilih saja aku siarkan. Komen dari geng geng kita boleh lepas senang senang. Aku sikit pun tak halang.

Kalau UMNO boleh bertegas dengan pemimpin yang aku suka, kenapa tidak aku hapuskan komen komen UMNO? Buat menyemak blog aku je. Wakakak !!!

Jangan sekali kali salahkan aku .. UMNO yang ajar aku untuk buat apa yang mereka buat. Maklumlah, untuk berdepan dengan UMNO, kena jadi macam UMNO. Wakakakak !!!

Back to the topic .. !!!

Ketika ini mungkin berita tentang kemarahan rakyat kepada UMNO sudah sampai ke dunia luar. Wahhh .. tu la canggihnya dunia IT, alam maya ... Lompat parti, rasuah, tidak beretika, menipu, mempermainkan rakyat dan yang penting, memperalatkan istana sudah di ketahui umum. Phuyoooo.

Jangan terkejut kalau orang UMNO gi ke Australia nanti, Mat Salleh yang korang tak pernah kenal akan bertanya " You're UMNO members?" "You know Perak?" You know Mongolia?" Wakakak ... tang tu korang kena jawab.

Perkara yang menarik untuk hari ini adalah adanya berita tentang kemarahan penyokong Yee Fong sehingga sanggup datang gantung banner di pusat khidmat masyarakat dia. Hah .. itu bukti orang tak suka Yee Foong. Bangsa Cina lain sikit. Diorang kalau tak suka, depan depan diorang maki. Tapi sesama bangsa mereka. Berikutan peristiwa itu, Yee Fong bakal fobia nak balik kampung. Haiyoooo ... talak balik Jelatang ka Ahsooo. Wakakak !!

Bila tak balik kampong ... hah korang pikir la akibatnya.

Begitu juga yang bakal berlaku pada Jamal dan Osman. Melayu tak macam Cina. Diorang bengang simpan diam diam. Tak der buat jahat depan depan. Tapi dua katak keris bersilang ni akan berhadapan dengan tuduhan rasuah. Apa kah keputusannya? Kalau bersalah, maka, dua kerusi ADUN akan kosong. Kalau diorang menang pulak, Nama UMNO bertambah teruk. kerana apa? Kerana UMNO akan di sangka bersubahat untuk lepaskan dua mangkok berayun tu. Ke kiri salah, ke kanan pun salah.

Apa pun yang berlaku, pasti buruk padahnya. Hey bukan senang nak berdepan dengan rakyat yang di tipu. Ntah siapa, ntah berapa ramai. dan kalau dia pegi pasar, mata melirik takut pada musuh. Wakakak !!! Berdepan dengan musuh yang kita tak kenal bukan senang beb.

Najib pula usah cerita la. Nama dia memang dah busuk. Dengan peristiwa ni, nama dia bertambah busuk. Kalau PRU13 nanti, korang dah boleh agak keputusannya.

12 hari kejadiannya di Perak telah membuka banyak mata. Rakyat dah nampak belang UMNO. Tak kira apa cara sekali pun, diorang nak menang. Kalau dulu, orang tak der internet. tapi sekarang, picit tepi, komputo nyalo. Wakakak !!! Kalau dalam media diorang tipu, nak cari jawapan, cari kat blog. Semua rahsia terbongkar.

Kita beryukur kerana Nasaruddin tidak jadi lompat parti. Kalau berlaku, dah pasti kita dah macam UMNO. Sekarang kita leading walaupun diorang syok sendiri mengaku Perak diorang punya. Wakakak !!!

Sekarang UMNO dah gali lubang kubur diorang. Cuma tugas kita adalah untuk dalamkan lagi liang lahad mereka agar UMNO tak mampu keluar dari kuburnya lagi. Diam kau di dalam ... Wakakaka !!!

13 comments:

mangchikla said...

Banyak pengajaran ek...

MJ guevera said...

wak...aku rasa kan.....cam nak bakar jer opis tv3 tu.....naik menyampah aku...apa pasal takde org nak bakar tempat tu ah?

MJ guevera said...

kita patut buat cam kat uk tu....
blok entrance ke BBC nyer opis kat glasgow...
peh ni kita buat blockage kat sri pentas lak...baru la best...
TV3 adalah yahudi terbesar kat mlesia ni.

Malaysian Makcik said...

Hah ramai orang kata deme dapat rm50 juta untuk berpalilng tadah.

APA LAGI 'GERAK'?? BILA NAK SIASAT? TAKKAN LA STAKAT LEMBU JE KORANG NAK SIASAT? lembu tu pun kerajaan selangor sedekah kat rakyat. bukan kembung makan sorang2 weh!

Shitsurei Shimashita said...

atau pengajaran kepada kedua2 pihak???
adakah Najib memperkudakan Sultan utk menarik sokongan Melayu? (terutamanya yg taksub dgn sultan dan istilah pembela/pewaris melayu ni)

Anonymous said...

Kalu mat saleh tanya "Are u UMNO members?" ko org jawab je "Me no speak inglis..." Kah.. kah..

Pada 4 jahanam dlm gambar ni, moga2 koorang tak tetnteram dlm hidup koorang. Ingat dah buat taik cam ni nak lepas cam tu je?

Najib..ko..aku tak tau nak cakap apa. Geram ni.

Anonymous said...

Alhamdulillah… syabas pada keseluruhan pimpinan, ahli dan penyokong PR, teruskan usaha murni semua, lawan tetap lawan.

Tragedi Perak walaupun pahit untuk ditelan tetapi ada juga manisnya,

Lantaran tragedi itu juga, dalam tanpa disedari makin terserlah semangat juang, setiakawan, kejituan, sokongan, perpaduan dan keikhlasan PR dimata rakyat kebanyakkan, barang harus diingat UMNO/BN amat takut akan pekara ini.
Lantaran tragedi itu juga, kini kita tahu undang-undang hanya pembela penguasa zalim dan rakus bukan rakyat.
Lantaran tragedi itu juga, kita akan lebih berhati-hati memilih baik kawan maupun lawan dan nescaya kita telah mampu menilai mana satu kaca mana satu intan.
Lantaran tragedi itu juga, kita percaya baki kerajaan PR akan lebih perihatin akan agenda tersembunyi lawan untuk merampas kekuasaan maka kuatkanlah pertahanan.
Lantaran tragedi itu juga, kini PR harus menyusun strategi menyerang balas dalam diam bukan lagi terang-terangan yang pasti hasilnya BN seperti diledakkan C4.

Banyak lagi hikmah dari tragedi itu ambillah iktibar

Yang akhirnya lantaran tragedi itu juga, hari ini aku bukan lagi penyambung warisan ibubapa ku dengan Kapal Layarnya, aku berasa begitu hina menjadi ahli UMNO/BN kerana bagiku BN seperti Bangkai Najis.

Lawan tetap lawan.
Allahuakbar!!!

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Dia orang gali sendiri pun dah terdalam.

Anonymous said...

bro ada satu koemn kat KedahLanie...tangmana aku pon tak tau dah tapi aku suka baca dia...

cerita dia macam nie.. KITA kena TQ kat SULTAN sebab lantik MB baru.. nie semua strategi nak memamposkan UMNO dengan lebih cepat...cepat macamana cepat macamana ko cerita laa.. UMNO menaggung teloq busuk lanie kita melangkah keluaq macam hero pulak...

TQ sekali lagi kat SULTAN...

Anonymous said...

Ada orang post di tranungkite.net

PostPosted: Sat Feb 07, 2009 4:10 am Post subject: Sudut baru yang perlu dilihat......Semua ini angkara DAP ? Reply with quote
Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja.
Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini.
Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti :
- Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ?
- U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer)
Dsb....
- Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi...
- U better learn how to walk first ?
Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka. Kalau raja dahulu kala memberi dikri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sujurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan.
Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini.
Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka. Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni...
Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam
Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...

Anonymous said...

sebagai orang islam dan dengan berbaik sangka, cuba lihat peta ni dan komen.

sebahagian besar perak dikuasai oleh _ _ _ _

Tengok Sini !

Anonymous said...

nomoreumno mau cakap;
menarik bro.sediakan batu nisan untuk kita kuburkan umno.
ya,kesedaran dah sampai seluruh dunia,bro.
good attitude bro,jangan di 'mue' kan,mat-mat kaki mabuk umno ni.jangan bagi muka dah.bro,cuba bro nasihatkan jugak blogger pr yang lain,tak usah dah layan komen nista dari barua-barua umno.

tolak ketepi dah semua jejak mereka.tak layan mereka nak datang blog bro.kalau mereka buat blog,nescaya tak ada satu makhluk asing pun datang nak jengah.wakakaka!wakaka!

bro,gua salute sama lu.gua pun dah start nak buwak blog.sebab raden jawola.wakakaka.tapi,sebenonya kerana Allah.gue dah rasa mual,loya dan muntak banyak sangat dah tengok aksi jijik dari umno.

bro raden jawo,gue suker benor cara gue menulis.kekalkan.gue sokong banyok-banyok.gue pun sedang belatih nak menulis dan berfikir dari perpekstif gue sebagai manusia jugak.gue lagi muda.wakkaawakaka!

gue nak lanyak umno betul-betul.gue bukan berjuang saja-saja.idealisma gue untuk menghapuskan umno di atas muka bumi malaysia.idealisma gue adalah untuk melaknatkan balaci-balaci umno,sebelum mereka terima kutukan dan laknat Allah yang betul-betul.

umno lah punca segala huru-hara di negara kita.umno ni dah macam black metal.lagi black lah kut.wakakakaka!

black metal umno ni masuk slow-slow,bro.lambat,baru kita sedar.pandai mereka rasuk anak-anak kite.raden jawo,gue nasihat supaya bro ketatkan lagi sistem keselamatan blog bro.bro ada potensi.jangan biar bro tulis sorang-sorang.lahirkan ramai lagi penulis macam bro.jika tidak pun,bro doalh banyak-banyak,moga pemuda-pemuda macam bro semakin lahir.

gue berani !! bro berani !! hapuskan black metal umno !!!
wakakaka!!

*nomoreumno blog will coming soon.

tong said...

Jika betul apa yang dilakukan itu bercanggah dengan prinsip2 Islam, aku doakan 3 orang Islam yang bertanggungjawab kepada keperitan rakyat Perak dibalas dengan seksa dunia supaya yang lain boleh mengambil pengajaran.