ciklee
[...] Tak sangka. Sungguh tak sangka. Tahap taraf politik Malaysia dah merudum jatuh lebih dari politik negara-negara Afrika. Dek kerana talian hayat yang semakin pendek, maka usaha terakhir adalah melakukan apa sahaja tidak kira yang halal atau yang haram. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka kita tolak ketepi. Lagipun hidup hanya sekali, bila lagi nak buat benda-benda ni semua kan?
Jadong adalah singkatan daripada jahat, bodoh dan sombong. Istilah ini telah direka oleh Syed Hussein Al-Attas. Dan nyatanya negara ini dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang sebegini. Oleh kerana yang mendokong mereka adalah rakyat-rakyat marhaen itu sendiri maka kesannya akan kembali kepada rakyat juga adanya.
Yang nyatanya 2-3 hari ini, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak dah sampai talian hayatnya. Ramai orang marah dan melenting. Tak terkecuali dengan pemimpin pakatan-pakatan rakyat sekali. Tapi jangan lupa dalam musibah ada hikmah dia. Tak ada orang yang tahu apa hikmah di sebalik musibah yang menimpa. Tapi sekurang-kurangnya kita sudah kenal siapa kawan siapa lawan.
Yang nyata keempat YB yang berpaling tadah tidak akan lagi dihormati oleh rakyat. Ternyata saham mereka akan jatuh merundum lebih teruk daripada saham Bursa Malaysia lagi. Yang nyata sokongan yang diberi kepada mereka tidak lagi diguna pakai oleh golongan rakyat marhaen. Mungkin boleh diterima oleh golongan BN dan Umno, tetapi golongan ini sudah semakin pupus. Bahtera Umno juga semakin hari semakin mereput dan hanya menunggu masa untuk karam. Tambahan lagi jika benar-benar Najib yang akan menjadi kaptennya suatu hari nanti. [read more]
diterima melalui email
1 comment:
frogging @ melompat parti adalah idea asal jadong nombor satu, yakni DSAI yg kini telah disempurnakan di perak oleh Najib & Co.
kita tak boleh nak salahkan team UMNO sebab mereka telah merubah senario politik perak mengguna idea DSAI.
harus DSAI dipersalahkan kerna dialah jagoh jadong frogging.
Post a Comment