Muak dengan lagak samseng Umno

[...] Keadaan itu tambah mencelarukan lagi keadaan, manakala pihak istana pula dianggap mempamerkan sikap berpihak.

Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Rizal Jamin berkata, tindak tanduk Umno di Perak yang diketuai Dato' Seri Najib Razak telah menambah kebencian rakyat.

"Kita percaya krisis yang berlaku ini tidak ada penghujungnya tanpa dikembalikan kuasa kepada rakyat. Dan apa yang jelas petanda kejatuhan ketuanan Umno benar-benar terasa sekarang," katanya di sini.

Menurutnya biar pun krisis itu sudah dirancang begitu rupa, namun ia memperlihatkan sikap gelojoh Najib selepas dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

"Kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang sah. Ia dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

"Namun telah ditumbangkan BN dengan cara menculik dan membeli wakil rakyat. Perbuatan itu jelas tidak bermoral," ujarnya. [read more]

No comments: