Mutakhir dari Kuala Kangsar

TERKINI
3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB haram mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB mamak.

Terima kaseh laporan dari Angkatan Muda Keadilan dan Unit Amal yang menghubungi wak. Terima kaseh kepada Ketua AMK Gombak, Kota Raja, Kajang, Shah Alam dan Ketua Penerangan AMK Selangor tak Ketinggalan saudara Fariz Musa. Terima kaseh juga kepada Ketua AMK PUsat, En Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Selangor, En Jonah yang turut berada di tempat kejadian, meredah asap dan getir serangan dari FRU. Salam kepada semua penyokong Pakatan rakyat dan Unit amal yang turut memberikan laporan dan membantu ramai rakyat ketika kejadian. Takbir !!!

3.34 ptg
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. - laporan mkini

3.34 ptg
Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.

3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambul berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.

3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg
Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3 comments:

Anonymous said...

boikot sambutan silver jubilee

tok iskandar said...

Hari ini dalam sejarah.6.2.2009Kekejaman polis terhadap anak bangsa sendiri di masjid Ubudiah,Perak akan kekal dalam kenangan kepada generasi akan datang.

Tok sungguh sedih dan terharu.Di sini tok ingin meminta kerjasama semua penyokong Pakatan Rakyat,kita pertahankan kerajaan yang sah ini sedaya upaya kita.Jangan biarkan kerajaan BN merampas kuasa.

Sedikit maklumat Tok terima untuk kita kongsi bersama.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah Syeikh Nazim Al Haqqani bertentangan dengan ajaran Islam.Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Tarikat ini suatu ketika dulu dinaungi ole Raja Kecil Bongsu Perak,Raja Ashman Bin Sultan Azlan Shah.Bergerak dengan nama Haqqani Foundation.


tempat kediaman atau operasi mereka di no 28, Jalan Setiabudi,Bukit Damansara,berhampiran masjid Syaidina Omar dan juga di kampung Sum Sum,Janda Baik,Pahang.Di Pulau Pinang pula di no 57,Lembah Bukit Jambul.

Kertas ajaran tarikat ini dibentangkan oleh bekas Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mustafa.Boleh rujuk kepada JAKIM,Bahagian Penyelidikan Ajaran Sesat dan no kertas kerjanya ialah JFK Bil 3/48/2000.

Tok meminta Jabatan Agama Islam menyiasat perkara ini dan sejauh mana penglibatan Raja Ashman dalam tarikat songsang ini.Jabatan Agama Islam Perak,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Jabatan Agama Islam Perak,Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan JAKIM bertanggungjawab menyiasat perkara ini.Zahid hamidi selaku menteri JAKIM dan Timbalan Pengerusi BN Perak juga bertanggungjawab mengarahkan JAKIM menyiasat perkara ini.

Tok juga mngutuk kekejaman polis di masjid Ubudiyah dan meminta baginda Sultan Mizan campurtangan mengarahkan tentera meredakan kekejaman polis ini

Anonymous said...

IKUT UNDANG2 PERLEMBAGAAN TITAH RAJA TU HANYA UTK BUBAR DUN SAHAJA ATAU TIDAK BUBAR. BAB MENGOSONGKAN JAWATAN TU BUKAN TITAH YG BERASASKAN PERLEMBAGAAN, NAK ANGKAT SUMPAH MB BARU KENA YB LAMA LETAK JAWATAN ATAU USUL UNDI TAK PERCAYA.
SO PILIH..MAJORITI RAKYAT PILIH BUBAR DUN..(TENGOK KAJIAN ANALISIS AWANI DI ASTRO).
SATU LAGI.. KERAJAAN BERAJA TAK PERNAH BERTAMBAH..MAKIN BERKURANG. LIHATLAH NEPAL,CHINA,SINGAPURA. TUANKU HARUS MEMBUAT KEPUTUSAN BIJAK..TAKUT-TAKUT DIMAINKAN OLEH BAKAL PM NAJIB YG MEMANG SEKUFU DENGAN TUN MAHATHIR..BANYAK TIPU HELAH (KES UNDI POS DIPEKAN PAHANG NAJIB NASIB BAIK MENANG, DAN LPS TU TANAH BERI KAT EX PENGERUSI SPR..ADE MAKNA TU...)