Najib & Zahid laksana "Misi Sulit" tawan semula Perak?

ADA motif besar nampaknya apabila MT Umno memutuskan Timbalan Presiden parti itu, Najib Tun Razak dilantik Pengerusi Perhubungan Umno negeri sebagai pengganti Tajol Rosli di Perak. Dalam kenyataan Pak Lah, Tajol yang mahu Najib menggantikan tempatnya, ini kerana beliau sudah tidak layak duduk di situ.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri di JPM, Zahid Hamidi dijadikan regu Najib untuk membantu beliau sebagai Timbalan Pengerusi. Zahid pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno ketika Najib menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kehadiran Najib bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Zahid dalam kenyataannya hari ini, juga mencerminkan ada ramai Adun Pakatan Rakyat akan melompat dalam masa terdekat. Dalam erti kata lain, Umno akan "bershopping" sakan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat selepas ini bagi memperkuatkan misi Najib untuk duduk di Putrajaya. [read more]

No comments: