kemaskini 11am Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergerak dari kediaman rasminya - yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya - menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU.
Sehingga jam 11 pagi, beliau dan rombongannya belum kelihatan di bangunan tersebut.
Sementara itu, barisan exco kerajaan BN dijadual mengangkat sumpah jam 10 pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Sultan Perak.
Tiada penunjuk perasaan di kawasan tersebut dan keadaan kelihatan tenang.[read more]
No comments:
Post a Comment