Nizar di herdik .... "Keluar !!!"

mbgate
IPOH, 6 Jan
:- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas. - cinaislam

dan baca ucapan terakhir DS Nizar kepada kakitangan nya di SINI

4 comments:

Edyes said...

RE-FOR-MA-SI

kluangman said...

Sekadar herdikan, Nizar tidak perlu terasa terhina berbanding dengan penderhakaannya kepada Sultan Perak dan membiarkan dirinya menjadi boneka dan sering dibuli Nga dari DAP.

Janganlah sensitif dan emosi sangat dan melayan perasaan kecewa.

PAS wajar memecat Nizar kerana tidak menunjukkan ciri ciri kesabaran dan hemah yang tinggi kepada Ulul Amri.

mountdweller said...

Salam Wak.

Ini Pegawai Tinggi dari kalangan Pagan ke?

NIZAM MAT SAARI said...

Salam Tuan,

Waktu 1998, saya antara orang yang simpati kepada Anwar. Hari ini saya berasa begitu malu melihat orang-orang yang sebangsa dengan saya dan seagama dengan saya malah melaungkan kalimah-kalimah suci memuji Allah, tetapi menunjukkan akhlak yang paling buruk, mengeji, menghina, mengutuk dan menyerang bangsa sendiri juga.

Demontrasi? Suara rakyat? Mana peginya orang yg dapat 999 tu? Adun mereka pun majoriti juga, tapi perkudakan orang Melayu, kambing hitamkan Nizar. Orang Melayu dah patut sedar dan nampak, mereka telah dipergunakan dan diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan!

http://nizammatsaari.com/blog