IPOH, 9 Feb (Hrkh) - Di sebalik tabir, sejak awal lagi sudah ada perancangan jahat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekaligus membelakang mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Episod 'rampasan' kuasa BN yang tidak beradab di Perak membuktikan lagi keangkuhan dan kebiadapn parti itu dalam melakukan apa saja untuk berkuasa.
Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dengan ditemani Jurugambar MUNIZAM bertemu Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang di pejabat PAS Perak di Ipoh 4 Februari lalu untuk mendapatkan butirannya.
HARAKAH:Apa reaksi awal Ustaz berhubung keputusan Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) yang tidak mengisyhtiharkan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering?
Ustaz Ahmad Awang:PAS bersama Pakatan Rakyat mencela keputusan yang dibuat SPR kerana ianya membelakang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menyatakan SPR mesti terima notis pengosongan Speaker dan adakan pilihan raya kecil. 'Beyond Jurisdiction' mereka untuk menyiasat sama ada surat letak jawatan itu sahih atau sebaliknya. Yang penting akur dengan kuasa Speaker. [read more]
No comments:
Post a Comment