Pembohongan Nasaruddin



Ketika Nasaruddin masuk PKR pada 25 Januari, 2008
  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.


Ketika Nasaruddin Masuk UMNO pada hari ini,
  1. "Saya mengambil untuk kembali menyertai BN berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.
  2. "Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.
  3. "Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.
  4. "Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.
Realiti UMNO yang perlu di sedari oleh rakyat. Kalau dah UMNO ... akan kekal menjadi UMNO. Kalau pemimpin masih bodoh untuk tahu tentang politik UMNO .. tolong tanya rakyat.

Walaupun kerajaan jatuh, tapi masih ada ADUN Pakatan Rakyat. Tapi di tipu hidup hidup akan cukup meninggalkan kenangan. Pada Rakyat .. kita sudah berpesan, tapi kepada Anwar ... kena tanya dia. Memang pedih !!!

9 comments:

Anonymous said...

orang politik biasalah mesti jaga periuk nasi dulu.

Anonymous said...

yang buat blog ni pon sama2 bodo. politic is just a politic. negara mana yang takde politic bersih? ckp memang la senang. kesimpulannya. kutuk la mana2 parti pon selagi termampu.

ps, bagus gak wujud blog2 macam ni. boleh tumpang gelak.

Anonymous said...

politic is just a politic.

patutlah ada yg atas pagar.memang wujud org tak berpendirian macam ni.

Anonymous said...

Rilekslah wak. jgn fanatik sangat membenci umno. sedangkan yahudi pun ada yg masuk islam. Manalah kita boleh baca isi hati manusia. Apa yang kita lakukan hanyalah bersangka baik. Jgn gusar yang batil tetap akan tewas InshaAllah.

radenjowo said...

" yang buat blog ni pon sama2 bodo."

terima kaseh kerana lawat blog bodoh ni. Wakakaka !!!

radenjowo said...

Kalau semua orang berperasangka baik .. negara kita tak macam ni. Wakakaka !!! Aman damai .. wahhhhh ... syoknya.

tok iskandar said...

Tok nak ulas tentang keputusan baginda Sultan Perak esok,perkenan pembubaran DUN Perak atau perkenan BN bentuk kerajaan negeri Perak yang baru.

Tok nak ulas dulu tentang Najib dan permainan politik liciknya.
Ibarat citer Lone Ranger dan Tonto,begitulah gelagat gandingan Najib dan Zahid Hamidi.

Kes Altantunya,pembelian Eurocopter,Sukhoi dan kapal selam,pembelian Bank Indonesia oleh Maybank,pengakuan bersumpah diliwat oleh Saiful Bukhari,pengakuan bersumpah Bala,percubaan merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan membeli wakil rakyat PKR dan DAP.

Rakyat tentu tidak mahukan pemimpin sebegini menjadi PM.Begitu juga dengan Nasaruddin yang berlakon menyertai PKR,rupa-rupanya talam 2 muka dan sanggup menipu 15 ribu rakyat Perak ketika berceramah di Bota baru-baru ini.Nasa tak layak jadi MB Perak walau apa jua alasan yang digunakannya untuk kembali semula menyertai UMNO setelah 10 hari berada di dalam PKR.

Tok nak SPRM siasat aset yang dimiliki Nasa yang juga bekas Pegawai Daerah Temerloh.

Jika esok BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak,satu sejarah hitam dalam politik tanahair berlaku dan generasi akan datang kelahiran Perak akan melihatnya melalui Hari Ini Dalam Sejarah.Hari di mana demokrasi telah mati,rasuah politik makin berkembang dan meracuni minda dan hati wakil-wakil rakyat yang ketagihkan ganjaran material.

Tentu baginda Sultan Perak tidak mahu melihat negeri baginda diperintah oleh penipu,penyangak dan kaki rasuah.Imej negeri di kaca mata pelabur asing bertambah buruk dan rakyat Perak dan Malaysia akan menjadi semakin benci kepada kerajaan UMNO-BN.

Selama mana kerajaan BN mampu memerintah negeri Perak berbekalkan kelebihan beberapa ADUN.Esok-lusa mungkin ada penyeberangan ADUN BN menyertai Pakatan Rakyat dan kuasa pemerintahan kerajaan negeri Perak akan kembali kepada Pakatan Rakyat.

Sultan yang berjiwa rakyat tentulah dekat di hati rakyat dan tindakan yang bijaksana ialah menyerahkan soal pemerintahan negeri kepada rakyat Perak.Persoalan satu pembaziran jika diadakan pilihanraya bukanlah satu isu kerana selama ini UMNO sering berbelanja mewah dan membazir ketika memerintah negeri Perak dan negara Malaysia.

Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu di samping kebiadapan pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu terhadap Raja dan Sultan mereka.

Tok sendiri tidak akan berputus asa kerana segala perancangan manusia,perancangan Allah akan mengatasinya.

Persoalan menggadai tanah,suatu ketika dulu juga pemimpin UMNO pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew dan Pak Lah pula menyerahkan pulau Batu Putih kepada Lee Hsien Long,anak kepada Lee Kuan Yew.

Jika Kerajaan Negeri Perak dirampas secara keji begini,di manakah letaknya rasa hormat pemimpin UMNO terhadap Sultan Perak.Najib dengan rasa megah tanpa menunggu keputusan baginda Sultan Perak,telah menegaskan Perak kini di bawah kekuasaan BN.

Masyarakat dunia sedang memerhatikan pergolakan politik negara kita terutamanya yang berlaku di Perak ketika ini.Baginda Tuanku Sultan Perak sendiri arif tentang situasi ini dan kebijaksanaannya sebagai Ketua hakim negara suatu ketika dulu amatlah dikagumi rakyat Malaysia.

Janganlah tuanku biarkan negeri Perak berada semula ke tangan petualang bangsa Melayu seperti najib.rakyat Perak hanya mampu berdoa agar keputusan baginda tuanku merupakan satu keputusan yang adil dan bijaksana

Anonymous said...

KHAKKKKKKK PTUIIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!! BN CI BAI HAM KA CHAN !!!! SEKALI LAGI KAHKKKKK PTUiiiiiiiii !!!!!!!!

Anonymous said...

apa yang berlaku di perak ni boleh diakatakan permainan politik antara anwar dan najib...keduanya mahu menunjukkan sokongan rakyat tanpa berbelah bagi terhadap mereka...dan satu yang kita lupa...kerajaan under siapa...jentera kerajaan under siapa...dan kementerian dalam negeri under siapa.....so kalau tajul dah undur diri...najib take over tak sampai sebualan kerajaan bertukar....itu dah dijangka...