[...] Anwar pula terkenal dengan sifat kedegilannya, beliau juga mempunyai sifat tidak mudah berputus asa. Manakala menyerah pada Takdir bukanlah prinsip Anwar, sebaliknya kecekalan jiwa dalam mengharungi perjuangan merupakan pegangan kuat tokoh ini dari dulu hingga sekarang. Anwar sudah pasti tidak akan mengalah lagi, Apatah lagi musuhnya kali ini hanyalah bersifat cicak mengkarung.
Penderitaan selama dipenjara menjadi pembakar semangatnya, justeru pernah silap percaturan..Anwar sudah tentu lebih bersedia kali ini. Jarang ada orang yang punya peluang sepertinya, . Anwar cukup bernasib baik, walaupun beliau dipijak,dicerca dan dihina serta dipenjarakan oleh penguasa..namun masih punya peluang yang kedua untuk meneruskan pertarungan.Oleh itu menebus maruahnya yang dijijak selama ini, sudah tentu menjadi keutamaan Anwar dalam pusingan kedua ini.
Ini juga merupakan pusingan akhir bagi mereka, samada Dinasti bangsawan Najib terus kekal ataupun hembusan Mantera Anwar akan melenyapkan empayar Razak serta seluruh organisasinya sekaligus menjadi bahan arkib untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.
Jika dilihat diatas kertas, sudah tentu Najib punya kelebihan untuk menang pusingan ini, namun harus diingat! Anwar pernah berperang dengan bapa Najib, dan peperangan itu dimenangi olehnya..Dan perkara yang paling penting untuk Najib tahu ialah "Anwar mampu membuat sesuatu diluar jangkaan". Oleh yang demikian, aku kira peristiwa kekalutan diPerak adalah merupakan langkah awal bagi permulaan pertarungan ini. Dan pastinya selepas ini akan lebih hangat serta sengit lagi, Aku juga berkeyakinan penuh bahawa disaat itu, jiwa kita semua akan bergoncang kuat tatkala melihat pertarungan yang sebenar.Kita tunggu babak seterusnya... [read more]
3 comments:
Salam PakRaden,
Maksudnya, selama ni baru warming-up saja?
Game?
Wisel dah bunyi ya bang..?
Wak...
Itu gambar kiri kanan wa tak mau, yang tengah juga wa minat... tapi sayang... sudah lenyap...
Post a Comment