Raikan kepulangan Adun dengan 'kasut'

http://media.signonsandiego.com/img/photos/2008/12/19/f0f275cf-af5d-49c1-b276-9413b48c563anews.ap.org_t350.jpg?1640fae913a1dac1b26c7eb88806b9f9b0341305
CHANGKAT JERING
, 4 Feb (Hrkh) - Ramai penduduk di sekitar Dun Changkat Jering dan Taiping tidak 'sabar' menanti kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd. Osman Jailu yang dilaporkan hilang dan masih tidak muncul di kawasan mereka.

Reaksi awal beberapa penduduk kesal dengan tindakan beliau yang 'hilang' tanpa berita dan tidak lagi menumpukan keraja-kerja kawasan khususnya melibatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitarnya.

Malah, ada yang mahu penjelasan sebenar daripada beliau berhubung isu yang dilihat cuba 'menganggu-gugat' kestabilan politik kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

"Kita pilih dia untuk mewakili kita dan bukan buat hal macam ini sehingga mengundang marah orang ramai. Akibat tindakan dia kemungkinan pilihan raya kecil diadakan yang bakal membazirkan wang rakyat sekali lagi sedangkan ita mahu urusan harian berjalan seperti biasa," kata penduduk Air Kuning yang mahu dikenali sebagai Khairuddin yang berkerja sebagai guru di Rapat Setia, Ipoh. [read more]

No comments: