Insiden rampas kuasa cara HINA oleh BN di Perak mengajar kita banyak perkara. Cuma kita antara sedar atau tidak kerana mungkin sekarang kita sedang berang, marah dan meluat dengan pemimpin pemimpin yang mencatur dan menyetujui perubahan kerajaan tersebut.
Kalau kita kenangkan betapa pada bulan Mac tahun lepas kita bersusah payah untuk menghidupkan sebuah demokrasi, tetapi tidak sampai 10 hari kerajaan BN merampas semula kerajaan dengan cara yang paling HINA. Tidak hairan kalau UMNO bersorak gembira kerana perkara yang hina adalah datang dari bangsa yang hina dan disukai oleh mereka mereka yang hina. Ulat tahi, makan tahi, dalam perut pun penuh tahi.
Pada 13 Februari tahun lepas Pak Lah membubarkan parlimen. 24hb penamaan calun dan Mac 8 pilihanraya. Maka, hampir sebulan rakyat berhempas pulas mengerah tenaga dan wang untuk mencipta kejayaan. Berkat usaha dan semangat, ianya menjadi realiti.
Dan bermula pada 25 Januari lepas ketika Nasaruddin [ADUN BOTA] melompat parti dari UMNO ke PKR sehingga sekarang, BN cuma mengambil masa selama 11 hari untuk merampas kuasa. Sekali lagi ... Ulat tahi, makan tahi, dalam perut pun penuh tahi.
Harapan kita pada SPR agar membenarkan pilihanraya telah di halang. Alasan mereka surat aku janji yang di tandatangani di depan Sultan Perak oleh 3 ADUN mangkok berayun yang melompat parti itu tidak sah. Kita pun kemudiannya berharap kepada Duli yang Maha Mulia Sultan berkenan membubarkan ADUN dan ianya juga gagal, malah MB Perak dan para EXCO di arah untuk letak jawatan. Mengaibkan, mereka turut di halau dari pejabat dengan kekerasan. Ianya seperti terancang sejak awal sehinggakan keadaan menjadi porak poranda seperti sekarang.
Untuk mengelak keadaan menjadi lebih karut, DS Nizar mohon membubarkan sekali lagi untuk membubarkan DUN dan kita lihat sahaja apa yang berlaku. Tapi berat hati mengatakan bahawa, UMNO akan kekal UMNO. Rasa meluat dan benci pada pemimpin makin menjadi jadi.
Kalau dulu kita bimbang kepada SPR, kini kebangkitan rakyat telah berjaya menolak semua bentuk penipuan. Jumlah perubahan jauh dari yang di sangka. SPR sudah tidak mampu menolak kebangkitan rakyat. Mac 8, Permatang pauh dan Kuala Terengganu adalah bukti kepada semua itu. Kini BN sendiri sudah tidak yakin sistem demokrasi negara. SPR dan Pilihanraya yang selama ini memenangkan mereka sudah tidak boleh di harap lagi. Kekerasan perlu di lakukan dan paksaan perlu di laksanakan. Akhirnya ia berlaku di Perak. Nyah kau dari sini.
Sebagai rakyat kita kecewa. Sudah bertahun tahun kita berusaha, sekarang sudah jelas dan nyata bahawa rakyat bukan lah satu benda penting kepada pemimpin. Ada atau tidak, bukan perkara mustahak. Demokrasi setakat kata kata untuk membezakan bahawa Malaysia bukan negara Komunis. tapi hakikatnya lebih teruk dari itu.
Kita tiada kepentingan, maka kenapa kita perlu berharap? Pilihanraya dan demokrasi hanya untuk menghabiskan wang rakyat. Pemimpin yang di pilih hanya bertugas untuk menyapu bersih peluang dan harta yang ada. Menang atau kalah, tetap mahu jadi kerajaan. Suka atau benci, mereka tetap mahu jadi pemimpin.
Rakyat perlu terima hakikat mereka umpama sampah. Bekerja umpama hamba abdi, semata mata nak bagi pemimpin hidup senang lenang dan kaya raya.
No comments:
Post a Comment