SHAH ALAM, 2 Feb (Bernama) -- Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan ada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang menemui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengambil keterangan beliau di pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau berkata tidak ada pegawai SPRM datang bertemu Menteri Besar itu untuk mengambil keterangan sebaliknya dua pegawai organisasi tersebut datang menemui beberapa pegawai di Pejabat Menteri Besar pagi tadi.
Ketika ditanya tujuan pegawai SPRM datang bertemu dengan pegawai-pegawai berkenaan, Nik Nazmi berkata beliau tidak mengetahui perkara apa yang ditanyakan mereka. [read more]
2 comments:
Den tuju kan lagu nih kek montori bosa Selangor ngan ucapan "Buek apo jang? Ang saba jo jang... biaso la, Dak khir tuh comburu nyo...kan aponyo, Dak khir tuh nak ghaso "Penampa Dek Ughang Tuwo jo" " muakakakakaka
Salam PakRaden,
Nak siasat apa lagiiii!!!
Post a Comment