Sudah 5 hari 2 ADUN Perak diculik

IPOH, 1 Feb: Kerajaan negeri Perak menuduh kemungkinan besar dua anggota Exco mereka 'diculik' oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menggugat kerajaan negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, kedua-duanya sudah lima hari hilang dan tidak menyertai mesyuarat Exco terakhir minggu lalu.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak pagi ini bagi membincangkan kehilangan kedua-duanya sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar ketika dihubungi berkata, jika kedua-duanya menyertai BN sekalipun, kerajaan Pakatan di Perak masih kekal. [read more]

1 comment:

Unknown said...

memang pakatan tipu rakyat dah panas pungkuq sekarang nih.. ha.. dulu sapa yang mula, sekarang baru mau rasa sikit yehhh..
amacam mb.. best ke.