Turun Keseluruh Negara Mengajak Rakyat Membantah Rampasan Kuasa BN di Perak

[...] Katanya sekiranya ada pihak yang mahu memberhentikan Nizar, hendaklah dengan yang cara yang mulia dan terhormat dan jangan ‘merompak di tengah jalan’.

Beliau berkata PAS mempunyai pengalaman menghadapi menang kalah dalam pilihanraya dan jatuh bangunnya kerajaan PAS dimasa lalu.

“PAS sebuah parti yang sah, menyertai amalan pilihanraya sejak tahun 1955, PAS menang dan kalah, memerintah Kelantan dan Terengganu, pernah ditumbangkan di Terengganu dan kelantan,

“di Terengganu pada tahun 1961. wakil rakyat telah dicolek ketika itu, dengan cara yang tidak terhormat, dengan melakukan rasuah,”kata beliau.

Walaupun begitu, katanya, Perikatan (ketika itu) telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri dan membawa usul tidak percaya ke dalam dewan.

“Setelah (Perikatan) mendapat suara majoriti, kerajaan PAS di tumbangkan, PAS tidak membantah,”tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di Kelantan pada tahun 1978, Barisan Nasional (BN) yang tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Kelantan, tetapi mereka tidak menumbangkan kerajaan dengan merampas kuasa.

”Mereka (BN) tidak berani merompak, tetapi mencuri, mereka mengisytiharkan darurat, kemudian mengisytiharkan pilihanraya,

”pimpinan UMNO, dulu ada harga diri, tetapi yang melakukakan kerja di Perak (sekarang), tidak tahu malu, merompak (merampas kuasa) di tengah hari,”tegas Dato’ Seri Abdul Hadi.

Beliau bertanya kepada hadirin, ”adakah rakyat Perak dengan kerajaan perompak yang berlaku pada hari ini ? Lalu dijawab dengan bergemuruh oleh hadirin yang “Tidak !”. [read more]

No comments: