UMNO menculik untuk rampas kuasa

http://mediame.com/sites/default/files/images/ArielKidnap.jpg
Undang undang bapak aku yang punya. Tu sebab UMNO makin naik lemak. Culik boleh, seleweng boleh, rasuah pun halal.

Wakakak ... !!!! Main culik culik kat Perak?
Kat Kelantan pun sama cam ni. Nak rampas kuasa, main culik culik. Wakakak !!!

Citer sikit pengalaman masa UMNO culik orang PAS kat Kelantan,
"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ.

"Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.

Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan.

Kerajaan PAS diketuai Mohd Asri Muda (Dato') dan Timbalan Menteri Besar, Nik Abdul Rahman Nik Mat.

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi negeri yang dipertandingkan. Sedangkan pilihan raya pertama sebelum merdeka, Kelantan dimenangi Perikatan.

"Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.

"Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut. - seterusnya di SINI
Sekali culik ok ... dua kali culik ok .... kali ke3, orang dah berjaga jaga.
Aik ..... UMNO sekarang bukan bijak ... tapi tonggong - tonggong belaka !!!
Tak tau nak buat kaedah baru ..diorang ikut cara orang lama. Cara Tun Razak, cara Tunku Abdul Rahman. Cara zaman Tun Hussin onn yang semua dah ada dalam buku, dah ada hujung jari .....

Bila ada virus, ada la plak antivirus. Kalau guna virus zaman TOK KADOK ... zaman komputer tulisan warna hijau, skrin warna hitam .... wey kita dah tak hairan. Tu sebab hacker UMNO tak boleh cari makan. Tak creative langsung !!! ... Wakakakakk !!!

Sekarang nak pilihanraya ke tak nak? Kalau kalah .. .Najib mesti malu. Aik !! 3 kali kalah straight ....

Peluang macamana? Bukan satu tempat tapi dua. Modal kena besar, jentera kena ramai ... Wakakakakak !!!

Pakatan Rakyat !!! Kita kepung Behrang dan Cendering. Turun ramai ramai bikin gempak.
PAS pasti ramai, Kaum Cina pasti turun, Makkal Sakhti apa tunggu, Kugan and the Gang pasti datang .... . !!!

Jam 3.00 ptg hari Pilihanraya, kita suruh UMNO gulung tikar, roboh pondok panas .. balik kampung.
Tak payah tunggu keputusan. Macam yang kita buat kat Permatang Pauh dan K. Terengganu !!!

Perak tunggu .... !!! Kita datang !!!!

1 comment:

Anonymous said...

PAS kajang akan turun 2 bas dan 12 kereta. Kami sudah sedia.

Allahuakbar !