ADUN Jelapang kena maki

IPOH: Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang masih menyimpan perasaan marah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Hee Yit Foong dengan keputusan kontroversinya untuk keluar daripada DAP.

Perasaan marah itu jelas apabila beliau muncul di pusat khidmatnya di sini semalam.

Kemunculan Hee buat kali pertama itu selepas beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas bulan lalu.

Beliau tiba di pusat khidmatnya pada pukul 3 petang semalam untuk menemui pengadu-pengadu berhubung masalah saliran.

Pembantu khasnya yang baru dilantik, Sharifuddin Mohd Aminuddin berkata, Hee bagaimanapun terpaksa meninggalkan pusat berkenaan dengan segera 45 minit kemudian selepas sekumpulan orang awam datang menggangunya dengan kata-kata kesat.

Hee tiba dengan suaminya dengan sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

Sharifuddin percaya kereta berkenaan bukan kepunyaannya namun tidak pasti mengenainya.

Tambah beliau, timbul tanda tanya dikalangan beberapa penduduk tempatan yang melihat kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan pusat khidmat berkenaan.

Beberapa orang yang lalu di kawasan itu kemudiannya melihat kedalam pusat khidmat berkenaan melalui tingkap dan mengetahu bahawa Hee berada di dallamnya.

"Kemudiannya kira-kira sepuluh orang penduduk tempatan yang berada di kedai kopi bertentangan dengan pusat khidmat berkenaan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

"Saya menasihatkan beliau supaya meninggalkan tempat itu dengan segera," katanya kepada The Star.

Katanya kumpulan berkenaan memanggil-manggil nama Hee dan kata-kata tidak baik seperti 'pengkhianat yang memusnahkan Pakatan,' dan 'wanita tidak mengenang budi.

Hee bagaimanapun tetap tersenyum dan melambaikan tangan kepada orang ramai yang memerhatikannya.

Beliau juga tidak membuat sebarang laporan kepada polis berhubung insiden itu.

Walaupun Hee diboikot oleh banyak pihak dengan tindakannya itu, masih ada orang ramai yang datang kepadanya untuk mendapatkan bantuan.

"Ramai yang datang ke pusat ini untuk mendapatkan bantuan, tapi inilah kali pertama Hee hadir untuk bertemu dengan mereka," kata Sharifuddin.

Katanya lagi Hee kini sedang mencari tempat baru untuk dijadikan pusat khidmatnya memandangkan pemilik premis berkenaan ingin menamatkan sewaannya. - mstar

1 comment:

Zubli Zainordin said...

Radenjowo

Itu ler...

Kan dah kena maki...

Naik merchedes pon tdak guna...