Bernama cuba politikkan kenyataan Sultan Selangor

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titah baginda pada majlis perasmian mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini hari ini.

Baginda bertitah melalui pemerhatian serta pembacaannya, didapati kebelakangan ini banyak berlaku insiden melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh segolongan kelompok masyarakat dan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
- bernama
Peranggan berwarna tidak menunjukkan kenyataan. Lebih kepada kesimpulan. Siapa yang buat? Sultan atau Bernama? Tapi bernama tak sunting kenyataan berikut untuk di masukkan sekali dalam berita,
"Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri." - Harakah
Bernama ! Boleh adil sikit tak?

No comments: