Biar seluruh dunia tahu !

tok iskandar
Tokpun antara yang hadir di masjid negara dan berdemo sambil berarak ke Istana Negara.

Tok perhatikan polis yang berpakaian seragam pegawai ataupun polis biasa tak adapun nombor siri.takut jurugambar PR ambil gambar korang.Nama pulak tu pelik-pelik,Ada seorang pegawai kanan tu,bangsa Melayu tapi tok tengok namanya Sydney.Ada sorang tu Kamal tapi bangsanya India.Ini mesti tukar-tukar nama dengan kawan-kawan.

Kami di Masjid negara walaupun disekat oleh FRU di pintu utma masjid negara tapi masih dapat meloloskan diri sampai Kg Atap.Tok anggarkan seramai 10-15 ribu dari masjid negara sahaja.Rombongan dari Sogo dan Pasar Seni tok tak tahu.

Dekat-dekat selekoh ke istana Negara,polis mula buat provokasi.perarakan aman pada mulanya dicemari oleh lontaran gas pemedih mata.kamipun berpecah kepada 2 kumpulan dan polis yang berpakaian preman cuba membuat tangkapan rambang.Ada sorang tu cakap kat polis,kita ni sama bangsa bang nyaris nak kena tangkap.mujurlah ada tok aki yang bertongkat dan beberapa orang lagi datang membantu.mamat tu tok tengok dah kena cekup kolar baju dia.dengan bantuan tok aki dan beberapa orang pemuda setiakawan,polis akhirnya melepaskan mamat tu.

yelah kalau tak ada tangkapan macamana nak buktikan demo tu ganas.betul tak?

persepsi ramai orang polis bias dan cenderung kepada UMNO menjadi kenyataan berikutan tindakan ganas mereka hari ini ketika demo aman diprovokasi menjadi ganas.

Tok minta kerjasama rakan-rakan mengirimkan gambar polis-polis yang cuba mencetuskan provokasi ini.
Lepas tu kita hantar kat you tube biar satu dunia tahu.Tok dengar citer dr hatta ramli nyaris pengsan kena gas pemedih mata.Tuan guru Haji Hadi dan hj Mahfuz Omarpun kena sembur dengan gas.turur berarak bersama kami dari masjid negara ke istana negara ialah badrul hisham atau chegu bard

1 comment:

tok iskandar said...

tok rasa bangga kerana pada hari ini rakan-rakan kita telah menunjukkan setiakawan masing-masing dengan membantu rakan-rakan mereka yang kena cekup polis berpakaian preman atau SB.

Ada yang tok tengok baling gas semula gas pemedih mata yang jatuh kat tempat mereka berkumpul di sekitar Kg Attap dan selekoh ke istana negara.Hari ni polis telah bertemu buku dengan ruas kerana selama ini kekejaman terhadap rakyat Malaysia berdemo telah diketahui ramai.

Terharu tok melihat ada seorang pemuda yang berdarah kepada terkena botol gas pemedih mata itu.ada yang bagi kawan-kawan air mineral untuk hilangkan kepedihan mata dan ada yang beri garam untuk disapukan kepada muka.Ada juga kereta yang berhenti berikan air mineral kepada kami.

rakyat dah semakin benci kepada polis kerana ada pegawai kanannya yang memihak kepada UMNO.Tok ingat masa demo UMNo kat Komtar tahun lepas.polis tak kacaupun.mereka yang berdemo tu siap dapat air mineral percuma lagi.inilah hipokritnya PDRM.

Eloklah kita hantar lembu kat balai.takpun keldai ataupun baghal.mana-mana rakan bloggers yang tahu skandal pegawai kanan polis boleh siarkan dalam blog atau you tube,biar satu dunia tahu