Bila UMNO pun pelik pada SPRM

[...] Kedua-duanya juga mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM menutup 45 aduan. "Persoalan saya, bagaimana beliau (Abdullah) yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan tidak langsung dipanggil memberi keterangan," kata Kadar.

Kadar juga berkata, laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat pada 4 September lalu "tidak ada maklum balas positif". Beliau juga mempertikan kewajaran Umno membawa amalan politik wang kepada SPRM "sedangkan perlembagaan Umno mengatakan bahwa ahli-ahli Umno tidak boleh dibawa ke mahkamah".
[read more]

No comments: