Berita terkini dari Bernama menyatakan,
Nik Aziz Salahkan Media Punca Pembangkang Derhaka
sementara kandungan nya pula,
KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media menjadi punca pakatan pembangkang dilihat rakyat sebagai penderhaka kepada Sultan terutamanya isu di Perak.merujuk pada berita di atas pun memang sudah jelas mengelirukan, di mana, tajuknya lain dan kandungan beritanya lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mendakwa bahawa media telah membuat laporan tidak tepat berhubung isu di Perak sehingga menampakkan yang pembangkang memulakannya.
Beliau mengulas satu laporan media semalam yang mendakwa Umno sering menyalahkan pembakang dalam isu derhaka kepada sultan.
Dengan memberi contoh kepada isu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau berkata istilah sembah derhaka yang digunakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu yang bermaksud berbeza pendapat dengan sultan adalah tepat.
Media punca pembangkang derhaka (tajuk) atau media menjadi punca pakatan pembangkang dilihat rakyat sebagai penderhaka (kandungan). Yang mana satu ni? Wohooo !!! sudah kena.
No comments:
Post a Comment