KOTA BHARU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik Perak kelmarin tetapi menekankan bahawa polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan undang-undang.Bukan rambut je tak der .. otak pun. cakap memang sedap.
"Jika kita kaji keadaan itu sepenuhnya, kita dapat lihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang.
"Pertama sekali telah diputuskan bahawa Speaker dilarang daripada mengadakan persidangan dan jika beliau memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri ia dianggap menceroboh dan polis perlu menghalangnya," katanya.
Syed Hamid berkata kejadian itu berlaku disebabkan wakil Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut undang-undang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka.
"Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak berada diatas undang-undang," katanya. - Mstar
Kita tidak berada diatas undang-undang - botak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment