[...]
1. Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.
2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.
3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.
Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.
4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.
5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.
6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan. [read more]
6 comments:
Indahnyer bahasa ~ "bertelinga satu berlidah dua" ..Macam cite koboi la orang indian cakap "Kemosabe speak with fork tongue.." muaakakakak
dalam bahasa rock
"pekak ke?"
"dasar lidah bercabang!"
orang sastera bahasa memang cun
salam wak.
aku sedih betul tengok keadaan sekarang, nak mendaulatkan bahasa pun begitu sukar, mengapa begitu berat pehak pemerintah untuk mendengar rintihan rakyat, memang tidak diakui keperluan bahasa inggeris itu penting sebab bi bahasa global, tetapi perlaksanaan itu kena betul, contohnya jika nak mengajar math dan sains dalam bi, bi pelajar itu kena betul dulu supaya ia faham, dan guru juga kena belajar bagaimana untuk memahamkan murid2nya, bagi yang mampu menghantar anak ke kelas tambahan itu bolehlah, bagaimana yang tak mampu? ia tentu mengharapkan guru sahaja, sedangkan ibu-bapa pun kekadang periksa pun tak pas macam mana nak mengajar anak lebih-lebih lagi didalam bahasa inggeris.
yang aku tahu setiap projek contohnya ppmsi ini sendiri ada udang disebalik batu, begitu juga plkn, pemakian talipinggang belakang, projek satu komputer satu rumah begitu juga projek mamkmal komputer, jangan disebabkan ada udang disebalik batu tu akan memusnahkan anak bangsa kita sendiri, menyebabkan anak-anak kita ketinggalan, menghancurkan masa depan mereka, cuba lihat orang cina mereka belajar math mengunakan bahasa mereka sendiri, berjaya juga tak percaya tanya mendiang lim goh tong, dah tak ada macamana nak tanya, tapi anda semua tahukan siapa dia taukeh judi terkenal tu...
dorg bkn tak mau dgr rintihan rakyat. dorg tu bodoh sombong. dh salah taknak admit. tu la padahnya.
tak reti nk duduk bincang elok2.
yg nmpk skg, agenda nk membeza2kan darjat. yg kg terus kt kg. kt bandar tros gah ngn bahasa inggeris.
Pemimpin guna retorik kononnya mereka tetap mempertahankan bahasa Melayu. Apa makna 'mempertahankan'. Maknanya bahasa Melayu tidak dimajukan, tidak didaulat, dan tidak dimartabatkan. Mempertahankan daripada dimaruahkan.
GAPENA sebenarnya memang nak pergi berarak. Tapi hari tu pula mendung semacam ajer. Sejuk..Tambahan petang tu kat Tv ada Doraemon...sayang takut terlepas.
Post a Comment