Rocky bru lebih hebat dari A. Samad Said dan Ungku Aziz? Wakakakak !!

Laporan berita terbaru dari bernama.
Sokongan Kuat Orang Ramai Mengenai PPSMI
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Orang ramai menyokong kuat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), menurut kebanyakan ibu bapa Melayu yang tersiar dalam blog Rocky's Bru hari ini.
Ibu bapa itu menyatakan bahawa sistem PPSMI sekarang sebenarnya sama dengan sistem yang mereka lalui beberapa dekad lepas.
Mereka menggesa kerajaan agar jangan memenuhi kehendak kumpulan minoriti yang menolak sistem sekarang.
"Dalam menguasai bahasa Inggeris, generasi muda mempunyai peluang banyak dalam kerjaya mereka pada masa akan datang," kata mereka dalam blog itu.
Tanpa penguasaan dalam bahasa Inggeris yang baik, graduan Malaysia akan ketinggalan. - read more
Wakakak !!! Lawak .... bernama iktiraf Rocky bru berbanding Professor dan sasterawan negara. Wakakak !!!

Komen terbaik dari Rocky bru yang wak ambil.
Anonymous said...
Jangan jadi bodoh lah, aku dulu belajar Sains & Math dalam bahasa Melayu dan dapat anugerah pelajar terbaik dalam Sains, tiada masalah. Masalahnya bukan soal bahasa tapi soal motivasi, soal keyakinan diri, soal tabiat. Kalau balik rumah bapak tengok bola anak tengok Akademi Fantasia, mak tengok Melodi, belajar pakai bahasa apa pun tak boleh majukan sains dan matematik.

Isu ini menunjukkan ketidakfahaman masyarakat pada isu, tidak jelas tentang matlamat, hendak belajar bahasa Inggeris atau belajar Sains & Matematik? Apa yang jadi sekarang adalah mengasingkan budaya sains dan matematik dari bahasa Melayu. Akibatnya, cita-cita hendak membudayakan sains dan matematik dalam bangsa Melayu akan jadi angan-angan kosong kerana bahasa Melayu tidak dapat lagi dikaitkan dengan Sains & Matematik. Kalau Ungku Aziz yang profesor itu menolak pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris yang lebih faham tentang sains & matematik, kenapa pula kita memandai? Ini sama seperti kes di Perak, tiba-tiba sahaja ramai yang menjadi pakar dalam perlembagaan.

-Koku.
1:58 AM
Sebenarnya wak hantar 2 komen kat Rocky bru ... bantah PPSMI .. tapi dua dua komen tu, Rocky tak siarkan. Wakakakak !!!

15 comments:

Anonymous said...

satu komen yang menarik,

dari mike
"This the first time I'm agreeing with you since you became a paid-blogger."

kah kah kah

mozilla said...

Kenapa bernama tak ambil komen dalam malaysiatoday tentang akhbar perancis yang siarkan pengakuan Sirul?

mulutbecok said...

umno nak bodohkan rakyat malaysia, yang bagi komen dalam rocky bru tu cuma 109 orang. makanya itu lah konsep yang diguna pakai oleh UMNO. majoriti dari 109 orang tu mewakili 26 juta rakyat.

Anonymous said...

Oang ramai menyokong kuat?
Mana ramai, yang sokong dalam blog rocky atau yang pergi demo?

adoh
bernama jangan la menipu lebih lebih.

- anon

Ummidinni said...

Teman antor juga. Haram dia nak siarkan. Inilah contoh melayu bodoh sombong perasan pandai. Teman mengajor 'Environmental science' dalam bahasa omputih. Susah benor bebudak nak faham. 'Climate change' tu apa? deme tanya. Perubahan suhu ke? Orang Melayu janganle nak ngade2 mendaulatkan bahasa omputih tu. Teman dulu sekolah Melayu, kemudian belajor kat negara omputih gak. Teman biasa pergi ke persidangan deme. Ramai dari Jerman, Italy, Finland, Sweden, Jepun dan sebagainya. Semuanya belajor ikut bahasa ibunda masing2. Pandei jugak deme cakap omputih. Teman memang menyampah tengok Melayu perasan macam omputih.

Anonymous said...

Ummidinni,

itu yang diorang kata deme deme tu bontot itam tapi ngaku mat salleh.

panggey bapak pun daddy
emak pun mommy,

lepaih ni tukor bin kepada s/o.

kerabu said...

roky pun skrg dah jadi pengampu umno!

piraahhhhh........

Pak Oncu said...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/82/Ahirudin_Attan_and_Jeff_Ooi_(January_25%2C_2007).jpg/250px-Ahirudin_Attan_and_Jeff_Ooi_(January_25%2C_2007).jpg

wajay rocky bru sebelah kiri jeff oii

Anonymous said...

Ye...leh. Keme hantar juga komen. Tak siarpun. Keme belajar sains dan matematik masa kat sekolah bahasa melayu.. Tup..tup masa kat U kena belajar dalam bahasa orang putih. Masa kat U tu tak da problem pun. Score pun tinggi dari orang putih. Sebab masa kat peringkat U, bahasa orang putih keme dah mantap. Maklumlah belajar english 6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah. Masa peringkat ni, mimpipun dah boleh dalam bahasa orang putih. Ni..tak tup..tup anak-anak kita, anak orang kampung, anak orang ulu (yg Che Det dok khabaq tu) dan anak orang asli...masuk-masuk sekolah terus kena fikir dalam bahasa inggeris.. tak ke haru. Dah lah tu cikgu yang ajar pun tak mantap bahasa inggeris. Cuba tanya anak-anak, cikgu tu 100% cakap orang putih ke? Jwpnnya pasti tidak. Keme sekarang ni terpaksalah bantu anak-anak keme belajar. Bila translate ke bahasa Melayu, terus mereka dapat jawap. Ni,, anak keme yang setiap hari duduk depan internet berkomunikasi dengan rakan maya mereka berbahasa orang putih. Pun mereka masih lagi belum dapat menguasai bahasa ini. Jadi keme harap-haraplah mereka ni dapat belajar dalam bahasa ibunda kita.

paloi bin mulau said...

citer pasal rockybru ni teman tahu ramai blogger yg kecewa muahahahaha

tapi teman mula terbaca blog dia dlm hujung 2007. tapi hati teman masa tu tak rasa dia menulis spt pro pembangkang.

teman tahu kerana dia bantai paklah tapi backing mahathir giler2. tapi ramai blogger anggap rockybru hero.

bila beend kena tsunami 2008 baru rocky tunjuk muka sebenar dia. memang dia org amno org mahathir org najib. ye la dulu pun dia kerja dgn nst.

berapa ramai bekas wartawan akhbar media haprak yg menulis blog mereka hanya utk menghentam paklah tapi backing najib?

mangchikla said...

wak , tolong tampal ka sini komen yang wak masuk kat rocky bru, mekasih

Anonymous said...

Jangan keliru dengan Rocky..

Rocky mula menulis blog setelah kecewa pasal terpaksa lepaskan jawatan Ketua Editor Malay Mail akibat tekanan daripada org2 Pak Lah seperti Kalimullah...

Blog beliau dulu tak henti hentam Pak Lah, KJ, Kalimullah dan NSt...sampai kena saman dengan NST.

Dia bukan pro-pakatan...dia adalah orang-orang bekas Mahathir. Dia hanya anti Pakl Lah...

Sekarang ni dia dah sokong Najib.

Saya masih tidak memaafkan dia masa jadi Ketua Editor Malay Mail.. Malay Mail telah menyiarkan Affidavit Nallakarupan yang difailkan di mahkamah tak sampai 2 jam dah keluar kat Malay Mail...Affidavit tersebut mengaibkan DS Anwar. Tak pernah dalam sejarah media...satu Affidavit disiarkan secara sepenuhnya..

Awas dengan Rocky dan puak2 spt Bigdog, Barking magpie, Apanama dan Shamsul Yunus.

Kalau nak jumpa rocky boleh pegi Kelab Wartawan kat Jalan Tangsi...dia berambut panjang ala Ramli Sarip dan segelas beer dalam tangan.

Anonymous said...

"Kalau nak jumpa rocky boleh pegi Kelab Wartawan kat Jalan Tangsi...dia berambut panjang ala Ramli Sarip dan segelas beer dalam tangan. "

tu yang dapat gelaran 'bru' tu... mabok arak. patut la macam sial.

speacial bru.

nazmi said...

dasar sains dan mate dalam bi jika diteruskan akan mewujudkan masalah 3 KEBODOHAN ...


apa kesan jika pelajar itu pintar dalam mate dan sains tapi dia lemah dalam bi.. kesannya beliau akan bodoh k3-3 subjek oleh kerana tidak dapat menguasai bi..


cikgu2 pun ramai yang tak pandai mengajar dalam bi terutama guru2 sekolah biasa..


berkenaan keputusan pmr dan spm..


1) ia tidak boleh dijadikan ukuran oleh kerana pelajar diberi pilihan dwibahasa

- cuba lihat adakah pelajar luar bandar lebih berminat menjawab dalam bi

- saya kira pelajar bandar juga hanya segelintir menjawab dalam bi tetapi saya yakin cina dan india ramai menjawab dalam bi

2) bukankah gred lulus dalam apa2 peperiksaan baik upsr, pmr dan spm ditentukan oleh kementerian pelajaran.. saya mendapat maklumat gred lulus dan score direndahkan untuk membuktikan dasar ini berjaya


DASAR MERITROKASI YANG DIPERKENALKAN OLEH TUN M dan Datuk Musa

- pelajar melayu terutama luar bandar terbukti lemah dalam bi

- manakala pelajar india dan cina lebih pandai bi

bukankah secara tidak langsung ia akan mengurangkan peluang pelajar melayu untuk memasuki IPTA

- kita akan kekurangan jurutera, juruukur, arkite, doktor, ahli farmasi dan sebagainya dari melayu jika dsar ini diteruskan

- hasrat untuk membaiki kehidupan luar bandar melalui kecermelangan pendidikan mungkin juga akan terbantut


SILA LIHAT APA DIKATA PROF UNGKU AZIZ yang saya rasa dan kira semua hormati

" pada awal2 penubuhan asasi UM ( pusat persediaan sblm ijazah ), bahasa penGantar yang digunakan adalah BM..

Kini mereka2 yang merupakan graduan pada tahun2 awal asasi UM majoritinya mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM 45, 000. 00 sebulan..

Bukankah ini satu kejayaan dan jelas membktikan bahasa melayu bahasa sesuai sbg pengantar dalam sains dan matematik


hujah seterusnya UKM menjadikan bahasa melayu sbg bahasa pengantar,

adakah graduan UKM dalam bidang sains seperti jurutera, doktor, ahli farmasi tidak laku di pasaran kerja ????



apabila saya mengajukan soalan kepada pakar2 bahasa inggeris bagaimana kita mahu memperkasakan bahasa inggris anak2 kita..

apa yang beliau kata bukan dengan kaedah mengginggeriskan mate dan sains..

beri penekanan kepada pelajar2 ini terhadap sastera inggeris ataupun cara mudah lain suruh mereka baca bahan bacaan inggeris yang mereka minat..

bukan melalui kaedah mengginggeriskan sains dan matematik..


CUBA ANDA LIHAT DI NEGARA2 MAJU..


1) jEPUN menggunakan bahasa Jepun sbg bahasa pengantar pendidikan dan mereka adalah negara yang terkenal dengan ciptaan2 baru

2) Jerman pun sama.. mereka gah dengan jenama BMW, Volkswagen, Volvo, AUDI , Mercedes Benz dan lain2

3) Perancis lagi la siap anti bahasa inggeris lagi... tapi mereka tergolong negara maju

4) korea dan taiwan juga menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar pendidikan..


Sedarlah,


kita akan kerugian pakar2 dalam bidang kejuruteraan, perubatan, teknologi dan seumpamanya jika dasar ini diteruskan.. malanglah jika kita akan hilang pakar2 ini pada masa hadapan hanya disebabkan mereka gagal menguasai sains dan mate bukan kerana mereka tidak suka kedua- dua subjek ini tetapi mereka tidak pandai bahasa inggeris


MANA- MANA HUJAH YANG KATA BAHASA INGGERIS UNTUK MATE DAN SAINS ADALAH BAIK ADALAH HUJAH ORANG- ORANG YANG TIDAK MELIHAT SATU- SATU PERKARA DENGAN JAUH



www.mahasiswamalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Logik kah kalau bahasa inggeris di ajar dalam 3 matapelajaran.

1. bahasa inggeris
2. matematik
3. sains

negara lain tak buat.
Malaysia saje yang gila.
kalau Mat. sains kaedah mengajar bahasa inggeris, mata pelajaran bahasa inggeris nak buat apa?