Talk only, no walk

Ini pesanan dari chedet dalam artikel terbaru dia berkenaan isu rasuah dalam umno. Dia pelik macamana tak der langsung pesalah rasuah,
Sekarang kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di Mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah?
Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?
Kali ini perwakilan terima wang sogokan. Tetapi apabila UMNO dan Barisan Nasional kalah, tidak jadi Kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir.Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah. - chedet
Itu kata chedet .. kalau umno nak marah, diorang marah la chedet. Dan kes terbaru SU di tahan kerana bawa duit banyak dalam kereta. Kes ini hangat hangat kuah maggee ... RM75,000 dalam kereta

Nak buat apa RM75,000 dalam kereta?
Hmmmm ... dalam keta wak tak der duit, dalam bank ada la .. tapi,

RHB Bank : RM4.80
Publlic Bank: RM10.25
Eon: RM25.75
Tabung Haji ... tak der sesen pun. Semua dah kuar. Duit nak pakai, tak sempat gi haji.

1 comment:

Anonymous said...

Bila musim durian ramailah peraih jumpa taukeh. Buah cantik ulas isi macam kucing tidur tentu mahal harganya. Biasalah orang berniaga mesti buat untung.