email dari "abd naim"
Memorandum bantahan PPSMI sudah diserah kepada DYMM Yang DiPertuan Agong semalam dalam suasana yang cukup tegang, yang menyerlahkan keIsraelan Polis DiRaja Malaysia dan kebaculan KERAjaan Malaysia. Kita tunggu apa yang akan terjadi lepas ni.Adakah agenda menjahanamkan bahasa ibunda kita ini akan diteruskan?
Sejarahnya, apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meminta kemerdekaan dari pihak British, mereka telah menetapkan syarat dimana hanya negara2 yang sanggup membawa budaya dan cara hidup British sahaja yang akan diberikan kemerdekaan. Sebab itulah sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris ini mula menular dari segenap segi di negara ini.
Bermula dengan menghapuskan tulisan jawi yang mana tulisan jawi ini sebenarnya identiti asal Bahasa Melayu. Kebelakangan ini pula mereka bersungguh2 untuk menukar proses pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Apakah ada agenda tersembunyi disebalik
pelaksanaannya nanti?Mungkinkah akan ada kroni yang akan mengaut keuntungan dengan pelaksanaan PPSMI ini?
Pada saya, jawapannya 'YA!'. Kenapa? Zaman sekarang adalah zaman IT di mana semua dilakukan secara berkomputer. Tak terkecuali sistem pembelajaran di sekolah. Pelaksanaan agenda PPSMI ini akan menyaksikan bahan2 pengajaran yang lama dalam Bahasa Melayu akan dialih bahasa ke
Bahas Inggeris 100%. Sememangnya telah menjadi amalan KERAjaan menyerahkan sesuatu projek kepada kroni. Tidak mustahil dan tidak keterlaluan jika kita menjangkakan projek alih bahasa dan membekalkan bahan mengajar yang baru ini akan diserahkan kepada kroni. Ini sebahagian dari agenda penting jika pelaksanaan PPSMI ini dilihat dari perspektif politik.
Dari sudut pandangan sosial, kita harus melihat lebih jauh iaitu kesan pelaksanaan ini kepada pelajar luar bandar dan masyarakat pribumi. Kita harus melihat kesukaran mereka menguasai bahasa penjajah ini berbanding keuntungan jangka panjang yang akan diperolehi. Bukan hendak memperkecilkan kemampuan mereka, tetapi inilah realiti yang harus dihadapi. Sedangkan sebahagian besar pelajar yang bersekolah di bandar pun masih merangkak dalam menguasai asas Bahasa Inggeris, inikan pula mereka yang belajar dalam serba kekurangan. Di manakah
keprihatinan KERAjaan dalam membantu mereka. Sebab inilah PPSMI ini dilihat sebagai satu usaha untuk membiarkan mereka terus tercicir dalam pelajaran. Tidak dinafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris ini begitu penting dalam persaingan dunia hari ini, tetapi jangan sampai
Bahasa Melayu diketepikan.
Di sini saya ingin tekankan yang KERAjaan harus memikirkan satu alternatif atau pendekatan terbaik untuk membolehkan para pelajar menguasai Bahasa Inggeris ini. Sistem pengajaran dan pembelajaran sediaada perlu diteruskan tanpa ada perubahan. Hanya keazaman yang ada pada pelajarlah yang dilihat akan mampu memberikan kejayaan.
Saya melihat kedalam diri saya dan rakan2 yang seangkatan dengan saya yang berada dalam alam persekolahan dan pengajian tinggi sejak akhir 80an hingga tahun 2004. Ketika itu semua subjek diperingkat sekolah diajar dalam Bahasa Melayu kecuali subjek Bahasa Inggeris. Begitu juga
ketika peringkat pengajian tinggi dimana saya mengambil kursus kejuruteraan. Pendekatan yang diambil oleh pengajar ialah mengajar dalam Bahasa Melayu manakala nota2 dan buku rujukan dibekalkan dalam Bahasa Inggeris. Disini memperlihatkan keazaman pelajar sendiri untuk
berjaya dengan menyelidiki apa yang diajar. Tiada budaya memberikan bulat2 apa yang dikehendaki oleh pelajar, tetapi pelajar sendiri harus menterjemah dan meyelidiki sendiri nota2 tersebut. Hasilnya, para pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah atas keazaman dan usaha sendiri.
Jika kita tanya pada angkasawan Negara, Dr Syed Muzaffar Shukor, adakah dia belajar Sains & Matematik ketika sekolah dalam Bahasa Inggeris. Sudah pasti tidak. Begitu juga jika kita tanya pada tokoh2 yang lain bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara2 lain. Di Jerman, Sepanyol, China, Jepun dan lain2, bahasa ibunda mereka digunakan dalam pembelajaran. Tetapi bagaimana mereka berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan tokoh2 Amerika dan British? Jawapannya, keazaman.
Saya percaya jika agenda PPSMI ini diteruskan, suatu hari nanti hanya subjek Bahasa Melayu sahaja yang akan diajar dalam Bahasa Melayu. Dan ketika itu mungkin subjek Bahasa Melayu tidak lagi dijadikan syarat wajib lulus SPM dan tidak lagi menjadi syarat wajib untuk memasuki
perkhidmatan KERAjaan. Ketika itu juga, tiada erti lagi melaungkan slogan hidup Melayu, tiada erti lagi memperjuangkan ketuanan Melayu. Slogan Hang Tuah, ‘takkan Melayu hilang di dunia’ hanya akan menjadi hiasan Muzium Negara. Itulah kesannya apabila sedikit demi sedikit warisan Melayu dihapuskan oleh United Malay Nation Union (UMNO) yang nama pertubuhan mereka sendiripun menggunakan Bahasa Inggeris, yang kononnya sanggup bermatian memperjuangkan Melayu.
-naim-
8 Mac 2009
2 comments:
Kalau PPSMI di hapuskan, saya terpikir..anak melayu cuma tahu satu bahasa iaitu bahasa Melayu.
Anak dari bangsa lain tahu berkomunikasi dalam 3 bahasa iaitu bahasa mandarin/bahasa tamil, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Bila anak melayu yang cuma tahu satu bahasa ini pergi ke "job market", dia tidak ada apa-apa kelebihan jika di bandingkan dengan anak-anak dari bangsa lain.
Jangan lupa - siapa kuasai ekonomi dan siapa kah tuan punya semua company besar di Malaysia...
Lama-lama anak melayu akan terpinggir.
Jangan cari salah UMNO aja...
jangan lupa semua orang Islam bersaudara..
anak ikan, lawak lah !
DS Nizar tu sekolah cina, dia tau 6 bahasa sekarang.
soal kerja bukan bergantung kepada bahasa masa sekolah. tapi kebijaksanaan budak budak selepas waktu sekolah. mata pelajaran bahasa inggeris dah ada kenapa nak inggeriskan matematik dan sains, kenapa tak improvekan subjek bahasa inggeris?
Post a Comment