IJN, Airport Labu, Kotak Ikan, sekarang kemasukan pekerja Bangla.
Visa pekerja Bangladesh dibatalkanPPSMI bila lagi?
Semua visa kemasukkan pekerja Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta-merta, kata menteri dalam negeri hari ini.
Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektor-sektor tertentu yang kritikal, lapor Bernama.
"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini.
"Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," beliau dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri.
Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata kerajaan akan mengembalikan wang bayaran levi yang dikeluarkan majikan untuk tujuan kemasukan pekerja berkenaan. [read more]
No comments:
Post a Comment