200,000 Pekerja Dijangka Dipecat, Kesannya Sampaikah Ke Malaysia?

bernama | Indonesia melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku pemberhentian sekitar 200,000 pekerja di pelbagai sektor khususnya industri pembuatan dalam tempoh enam bulan berikutan krisis ekonomi global yang kian meluas sekarang.

Dewan Perniagaan dan Industri (Kadin) Indonesia berpendapat keadaan itu tidak mustahil kerana sehingga 25 Nov sahaja, sebanyak 15,000 pekerja sudah diberhentikan dan menurut data Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, jumlah itu sudah mencapai 50,000 orang.

Beberapa laporan memetik Ketua Pengarah Perhubungan Perindustrian dan Jaminan Sosial kementerian itu, Myra M. Hanartani berkata angka itu akan terus meningkat jika keadaan krisis ekonomi dunia berterusan.

Ketua Jawatankuasa Tetap Fiskal dan Monetary Kadin Bambang Soesatyo berkata banyak perusahaan di Indonesia mulai memasuki tempoh kesulitan bahkan bulan ini banyak yang akan mengumumkan 'laba minus' atau kerugian.

Ini berikutan turunnya nilai tukar rupiah terhadap mata wang asing, khususnya dolar AS di mana rupiah telah melebihi Rp12,000 per dolar, bahkan sempat menyentuh Rp13,200 per dolar," katanya seperti dipetik Antara.

Menurut Ketua Majlis Permesyuwaratan Rakyat (MPR) Indonesia Hidayat Nur Wahid yang dipetik media massa Jumaat lalu, mendesak pemerintah supaya bertindak proaktif dengan berusaha meminimumkan kesan buruknya memandangkan bilangan penganggur sudah mencecah puluhan juta di negara yang berpenduduk 230 juta orang ini.

Bagi pemerhati sosial Suryawan H pula, beliau khuatir kehidupan jutaan penduduk yang kini bergantung hidup kepada 200,000 pekerja itu akan merosot terutama persekolahan anak-anak mereka....read more.

No comments: