Ahli majlis di BULI kakitangan PBT

Memperbetul kecuaian gabungan Pakatan Rakyat
harakah |...Skop pentadbiran kerajaan negeri amat besar. Penulis memerlukan masa untuk merungkaikannya satu persatu. Bagaimanapun penulis ingin kemukakan isu-isu dalaman yang membabitkan kebobrokan Umno melalui penguasaannya dalam PBT.

Bersama ini penulis ingin paparkan suatu emel yang diterima dari seorang pemimpin masyarakat yang dilantik menjadi AJK Zon dalam Parlimen Gombak.

Beliau mengatakan, "Setelah lapan bulan mencapai kemenangan dan hampir empat bulan menerajui majlis-majlis kerajaan tempatan melalui Ahli-ahli Majlis dari Pakatan rakyat yang dilantik, banyak isu keselesaan rakyat kini dilihat tergantung di awang-awangan.

"Sedar atau tidak, penyokong bawahan Pakatan Rakyat melihat isu membabitkan perkara asas keselesaan rakyat semakin teruk. Tidak keterlaluan boleh dikatakan ahli-ahli Majlis dari Pakatan Rakyat sebenarnya dibuli oleh Kakitangan Majlis-majlis Kerajaan Tempatan dari YDP sehinggalah peon biasa.

"Apa tidak nya, pada pandangan saya, lantikan ke jawatan-jawatan ini adalah atas dasar politik BN-Umno yang berkepentingan. Pelbagai alasan diberi oleh kakitangan Majlis, tiada duit lah, tiada keutamaan lah, ikut prosedur lah, ada lesen lah, kena ikut undang-undang lah.

"Masalahnya, semua alasan ini diangguk dan diakur oleh ahli-ahli Majlis kita yang ikhlas, telus dan berjiwa rakyat. ...read more.

No comments: