malaysiatoday |
[...] Kelab Penyokong Adun Pakatan Rakyat Selangor (BBC) mendapat beberapa laporan daripada orang ramai berkenaan terdapat Ahli Majlis PBT yang diwakili oleh pimpinan Pas Selangor, hanya sibuk melobi untuk mendapatkan projek perniagaan.
Perkara ini disahkan oleh bekas Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib ketika dihubungi oleh Malaysia Today pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, pihak BBC telah meminta senarai nama mereka yang terlibat sebelum sebarang siasatan dan tindakan diambil.
"Kita ada mendapat beberapa rungutan dan laporan daripada ahli akar umbi berkenaan adanya unsur menyelewengan kuasa dalm memperolehi tender PBT di Selangor," jelas Saari yang merupakan Adun Hulu Kelang.
Walau bagaimanapun, katanya, sebelum mendapat senarai nama mereka yang terlibat, beliau tidak mahu sebarang spekulasi dibuat.
"Jika perkara ini benar-benar wujud, saya begitu kecewa kerana seharusnya ahli PBT di kalangan ahli Pas yang sepatutnya menunjuk tauladan yang baik," ujarnya. [read more]
2 comments:
heppp!!! muekekekekeke
Kalau benarlah dakwaan itu,kita sedih kerana ahli ahli PAS sudah banyak berubah dari landasan perjuangan asal meneggakan Islam.
Harta dunia yang berjuta juta tidak menjamin kesejehteraan w/pun kita tidak pula di kehendaki hidup miskin hina.
Jadikan lah pejuang pejuang dan orang orang lama dalam PAS mereka tidak mengejar pangkat harta,dan lihat lah hasilnya PAS/Islam mula menampakan kemenagangannya.
Kalau kita 2x5 dgn perangai musuh, yang rosak Agama kita di lihat tidak ada bezanya.
Dato'Hassan Ali perlu berbuat sesuatu sebelum perkara ini jadi barah.
Post a Comment