500 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat AIDS
utusan | Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat dijangkiti AIDS sejak penyakit itu mula dikesan pada 1986.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, dalam tempoh 21 tahun sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 80,938 kes jangkitan HIV dilaporkan di negara ini.
Dalam tempoh itu juga, kata beliau, seramai 13,635 pesakit AIDS direkodkan dengan jumlah kematian akibat penyakit itu berjumlah 10,334 kes.
"Daripada keseluruhan kumulatif kes tersebut, 72 peratus jangkitan berlaku di kalangan kaum Melayu, diikuti kaum Cina sebanyak 14.7 peratus, India sebanyak 8.1 peratus dan selebihnya kaum lain-lain," katanya....read more.
No comments:
Post a Comment