Gasing PAS, Gasing UMNO

Ada apa dengan warna ...
najmie1422 | ....Permainan gasing sebelah tu aku belikan untuk Muaz dan Ammar...berwarna warni bila berpusing...cantik sangat..terutama pada waktu malam..tapi gasing ni menjadi punca pergaduhan antara depa...haaa...nak tahu kenapa..?sebab warna..."Muaz nak warna hijau...warna hijau tu PAS...warna merah tu UMNO..." itulah kata2 Muaz yang mencetuskan pergaduhan dia dengan Ammar...Ammar pulak jawab.." Ammar pun nak yang hijau..yang PAS tu..."..berebut2 punya berebut sampai nangis2 aku pun cuba nak selesaikan...

"Macam mana ni..mama belikan sorang satu kan...kedua2 cantik..kedua2 elok boleh guna...mana ada gasing PAS dan gasing UMNO?Gasing tu kan permainan ja?.." jawab Muaz.."Along yang cakap warna hijau tu PAS.."
Takpelah Muaz..Muaz main dulu gasing ni..dia tak melambangkan apa2 pun..ia sekadar warna ja..lagipun Muaz tahu ke PAS dan UMNO tu ape?
Jawapannya.."Tak tahu..."
ooo...rupanya mindset dia dah disetting begitu oleh along..Along tu sepupu Muaz baru umur 10 tahun anak abang sulung aku..walaupun kali-sekala balik Kedah hubungan depa erat macam adik-beradik..
Muaz...muaz masih mentah untuk memahami istilah politik.. Semoga 'warna' tidak lagi menjadi punca pergaduhan Muaz dan Ammar yer......read more.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..
nak tanya...wak amik cerita org masuk kat sini mitok kenebaran dulu ko dok? Kalu tuan empunya cerita tak izinkan guano?

radenjowo said...

Salam,
wak memang minat mencilok cerita dan tulisan menarik dalam internet. Tapi,
1. Setiap cerita, wak tak copy penuh. Semuanya wak linkkan semula kepada blog asal.
2. Pada pendapat wak, blogger kena paham bahawa tulisan dia memang untuk di baca oleh semua orang. Jika tidak, blogger boleh ubah command di dalam blognya untuk baca sendiri.
3. Kalau blogger tu tak mau di linkkan, atau hasil nya di copy walau sebaris ayat, maka mereka boleh tinggalkan pesanan di dalam blog wak untuk melarang berbuat sebegitu.
4. Selepas itu, wak tak kan ambil pot atau jenguk lagi blog mereka kerana hasil yang mereka tulis hanya untuk diri mereka sahaja.
5. Wak sebenarnya ingin memuji tulisan mereka dan berkongsi pada pelayar yang melayar blog no2umno. Biar diorang sama sama puji.

Kesimpulannnya ... ada kepandaian, kongsikan bersama. Cuma, nak mencilok kena ada etika. Jangan mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Cilok cara itu tak pernah wak buat.

Salam