Jangan makan bersuap

Haha..Kalau tak suap orang tak makan. Dan kalau tidak mahu disuap, kena duduk hospital dan dijolok hidung dengan tiub plastik dan di masukkan makananan. Tak syoknya .. lidah tak rasa, gigi tak gigit, tiba tiba kenyang. Camana tu?

'Suap' .. istilah rasuah. Contohnya nilai suapan satu satu kes rasuah tu. Hishhh ... Apesal tak di sebut jumlah rasuah je? Nyusahkan bangsa. Patutlah Matematik dan Sains di ajar dalam bahasa Inggeris. Kerana bahasa Malaysia dah jadi keliru.

Bila cerita pasal topik ni, aku nak cerita pengalaman isteri aku di sekolah ... bila bertanya kepada murid murid, apakah cita cita kamu? Maka macam macam lah kerja yang diorang sebut, tapi keadaan dah tak macam dulu. Kalau masa aku kecil dulu, cita cita murid sekelas adalah, menjadi guru, akauntan, doktor, peguam dan macam macam lagi .. .aku pilih menjadi arkitek, tapi tak jadi sebab SRP Fail ... wakakakak

So ... budak sekarang tak tamak, diorang kerja rendah rendah je. Kalau di tanya apa kah cita cita mereka? Diorang akan jawab, nak jadi,
Pegawai Kastam,
Pegawai polis,
Pegawai Imigresen,
Pegawai hutan,
Penguatkuasa PBT PBT
dan kerja yang dulu tak pernah kita terpikir.
Nah ... kalau budak dulu tamak, budak sekarang berpada pada.

Pelik juga bini aku bila murid muridnya menjawab, lalu di tanya kepada mereka, kenapa mereka pilih cita cita tersebut? Dan di jawab oleh murid murid .. kerja cam tu tak payah belajar pandai, tapi banyak duit. Bini aku garu kepala sekejap ... Dia tak nak komen pun. dan bila pulang dia tanya aku kenapa murid sekarang begitu dan aku jawab dalam bentuk berita hari ini .. wakakak

Ini beritanya,
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, empat pegawai terbabit bukan sahaja menerima rasuah wang tunai bernilai RM150,000 tetapi dalam bentuk suapan lain juga seperti suapan keraian (karaoke), minuman keras, pil ecstacy dan kos membaiki kereta daripada kontraktor berkenaan.

“Mereka yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah atas beberapa sebab antaranya untuk membenarkan kontraktor terlibat menjalankan pembalakan haram di kawasan yang tidak dilesenkan dan untuk mengurangkan taksiran jumlah meter padu kayu yang dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bharian
Tak payah sekolah pandai pandai, tapi boleh kaya ..... wakakakak

1 comment:

Unknown said...

salam Wak,

Makan suap ok lagi, jangan makan bersuap. Kalau dah makan bersuap, nampaknya tak lama la tu..

Bab kayu kayan ni pun saya tahulah sikit-sikit sebab dulu saya berkawan dengan tauke balak. Tapi sekarang dia dah arwah.

Rasa saya sekarang ni kita boleh tanya sdr. blogger matcomot, rasanya dia cukup arif tentang kayu kayan dan penyangak di pejabat hutan.