[...] Tindakan seorang lelaki misteri yang mendakwa dirinya seorang pegawai berpangkat kolonel dari Jabatan Perdana Menteri, bukan saja menimbulkan kekecohan, malah turut mengguris serta melukakan hati penduduk yang menjadi mangsa runtuhan tanah pada Sabtu lalu.Ni mesti KLON Shabery Cheek ... wakakaka
Dalam kejadian petang kelmarin itu, seorang mangsa, Mazlina Haris, mendakwa pegawai terbabit dengan angkuh mengeluarkan kata-kata kasar yang merujuk tindakan mereka membeli rumah di kawasan itu yang boleh diibaratkan sebagai kawasan pembuangan sampah sebagai tindakan ‘bodoh’.
Menurut mangsa insiden itu bermula apabila berlaku selisih faham antara mereka ketika dia mendaftar di sebuah kaunter khas untuk mendapatkan kebenaran memasuki rumahnya bagi mengambil barang berharga serta dokumen penting.
“Bukan hanya saya, semua yang menjadi mangsa tersinggung dengan kata-kata pedas lelaki itu yang mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati tanpa memikirkan apa sedang dilalui kami selepas hampir menjadi mangsa tanah runtuh. [read more]
Apa JPN penuh dengan orang cam ni ke?
No comments:
Post a Comment