Tengok Jambang macam Jantan ... tapi

http://omong.files.wordpress.com/2007/10/kayveas-thumb.jpg

Seperti logo PPP ... kelihatan Berbintang bintang kepala Kayveas bila di selar sebagai Pengemis oleh Nazri.

Aku tak dapat bayang kan kalau sebuah dari Parti Komponen Barisan Nasional di gelar sebagai Pengemis. Baru baru ni Menteri Botak yang tak beradab di dalam Malaysia dah selar parti ni kerana mengugut BN untuk keluar sekiranya ISA tidak di rombak. Mamat Botak ni memang jelas mangkuk ayun nya. Kuasa di tangannya membuatkan Parlimen sendiri pun jatuh bodoh dan tak bertelur untuk ambil sebarang tindakan.

PPP perlu sedar, dengan ISA maka BN dapat menjadi kerajaan untuk setengah abad. Dengan ISA juga BN mampu mengugut parti lawan untuk sentiasa menang. Tanpa ISA, BN dah lama hancur, tanpa ISA, BN dah lama hilang jantan. Kalau hendak kekal kelihatan jantan, UMNO dan BN perlu ada ISA. Kerana itu lah maka, sebut saja ISA .. BN melenting. Sebut saja ISA ... UMNO sanggup berperang.

Ketika kutukan Pengemis di buat baru baru ni oleh Menteri Berkenaan, PPP hanya mampu merayu dan berkata Don't calls us beggars, PPP tells Nazri.

Dan kalau lah PPP mempunyai maruah diri dan pengikutnya, tak kan sanggup duduk goyang telur tadah telinga. Bila di kutuk mulut tertutup, muka merah padam. Jadi bahan ketawa kalangan komponen lain sampai kiamat.

Kalau pun PPP tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat, cukup sekadar sebuah parti yang bebas dan tidak terikat dengan mana mana parti yang besar. Jadi seperti Zaib Ibrahim. Tapi masih adakah maruah PPP untuk bersama Barisan Nasional sehinggakan jolokan ini akan kekal menjadi mainan mulut UMNO dari saat tersebut sehingga ke akhir Hayat. PPP bakal mati beragan di dalam BN sebagai JALUT yang gaji tak seberapa, kuasa tak kemana. BN suruh lompat, PPP pun lompat, BN suruh cangkung, PPP pun cangkung. Wakakakak ...

PPP perlu sedar bahawa mereka itu tidak sepenting parti parti lain. Kurang ahli dan melukut di tepi gantang. Walaupun sokongan ahli ahli mereka sekurang kurangnya memberikan kemenangan pada BN, tapi PPP perlu sedar bahawa perlunya hanya pada ketika ketika tertentu. Setakat melalut lalut dan gantung sepanduk. ADa ketika nya pula, BN pandang pun tak mau.

Sekarang PPP bagai gantung tak bertali. Jasanya tak di lihat, bantunya tidak di ingat.

Kalau lah aku ... Dah lama tinggalkan BN, kecuali lah mereka masih ada sisa sisa kontrak dan tender yang belum tamat tempoh atau masih mahu makan di suap dan minum di tuang. PPP keliru antara maruah dan cari makan.

Ishkkkk ... oiiiiii PPP jangan buat lawak la.
Kalau JANTAN katakan JANTAN. Kalau bukan, kata kan " I tak relaaa yuuuuuu. Awwwwww !!!"

5 comments:

Anonymous said...

adus !
Pedihnya.

Anonymous said...

PPP yu mak nyah...

nash said...

Anwar sasaran baru 'perang bogel'
Jimadie Shah Othman | Dec 12, 08 3:58pm
kemaskini 6:57pm Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

reformis president ramlan abu bakar 121208 01Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan.

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

"Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan," kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

"Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa)," kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

reformis president ramlan abu bakar 121208 05Ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

"Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini."

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan "jalan yang akhir", tambahnya.

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".

Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

reformis president ramlan abu bakar 121208 04Oleh itu, tambah Ramlan, selagi kesemua janji-janji manifesto itu tidak ditunaikan, beliau akan meneruskan "perang bogelnya".

"Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai.

Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai "Yang Berlagak" dan "Yang Bongkak" sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya "kepimpinan parti yang gagal".

"Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan," tambah Ramlan.

Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata:

"Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa samseng, baru beliau boleh terima.

"Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini."




hoi..berapa khir toyo dah bayar utk berbogel ni ha..baru 8 bulan memerintah dah 5 dah ditunaikan..sabarlah...apa BN buat 50 thn memerintah...??? ha..jadibaru BN lah pula mamat samseng tu...

Anonymous said...

mari kita betting
PPP berani keluar atau tidak?

Anonymous said...

Auwww, I tak rela U.