Bukan orang lain, tapi Pak Lah dah bagi arahan untuk HENTIKAN sebarang projek dan pembangunan di atas dan di lereng bukit. Tiada kompromi lagi.
Namun masih ada yang ragu ragu dengan arahan tersebut dan tiba tiba ada pulak keputusan kedua yang dikeluarkan oleh para pak menteri untuk "REVIEW" projek projek yang telah di luluskan sebelum ini. Ramai pemimpin yang mengambil keputusan yang sama dan sekarang ALI RUSTAM pulak.
Apa kata Najib? ....
All existing projects near hillsides should be reviewed to ensure they are safe to be carried out, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Begini lah yang juga yang berlaku selepas kejadian tumbangnya Highland Tower 15 tahun dulu. Panas seketika dan apabila hangat itu reda, semua buat buat lupa. Jika berlaku sekali lagi, mereka lagukan dondang sayang dengan irama yang sama, sekali lagi. Tika itu ... " Kita review lagi." Wakakakakak .. berapa banyak review daaaaa !!!
Korbankan ramai untuk selamatkan satu tokey.
Risikonya adalah pada pembeli, dimana selepas beberapa tahun di dirikan, rumah sudah di diami dan ketika itu tokey tokey berkenaan akan mencuci tangan dan menyalahkan hujan dan bumi sekiranya tanah menggelonsor membawa bersama rumah dan menjadi kubur yang melata.
Sesungguhnya wang menutupi hati dan jiwa sesetengah orang sehingga mereka tidak pernah serik dengan pengajaran yang dah berlaku.
Chiiiissssssss !!!! Alangkah bangsat lah mereka mereka itu.
Semakin lama, semakin matang untuk kita mengenali siapa yang ikhlas, jujur atau berlakun.
No comments:
Post a Comment