Sudah jatuh di timpa tangga

Penduduk Bukit Antarabangsa Kesal Berlaku Kecurian
Bernama
Belum pun kerugian kemusnahan kediamannya dapat ditaksirkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, Evelyn Khoo Pit Siam kini kehilangan barang kemas bernilai hampir RM34,000.

Khoo yang meninggalkan rumahnya untuk menyelamatkan diri pada tragedi itu, mendapati laci-laci berisi barang kemasnya yang sebelum ini terkunci telah dikopakkan ketika beliau kembali ke rumahnya semalam.

"Habis laci-laci saya kena kopak. Barang-barang emas saya sudah hilang," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis berhubung kehilangan barang kemasnya itu di Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, hari ini.

Dalam kejadian itu, rumah Khoo yang terletak di Jalan Bukit Mewah 1, Taman Bukit Mewah, menggelongsor kira-kira 100 meter dari lokasi asal.

Seorang lagi penduduk yang membuat laporan polis di tempat yang sama ialah Koesoemahardy Widjaja yang mendakwa kehilangan empat pasport antarabangsa milik beliau dan anak-anaknya, sijil harta dan dokumen penting yang lain.

Suami mendiang Dr Yogeswari, seorang daripada empat mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh itu, Thanarajah berkata petugas beruniform yang dilihat merayau-rayau di kawasan perumahan yang ditinggalkan akibat insiden tanah runtuh itu telah menimbulkan rasa curiga terhadap mereka kerana terdapat aduan berlakunya kecurian.

Bagi Baharudin Hamzah yang menetap di Taman Bukit Mewah, pasukan beruniform yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tidak dikoordinasi dengan baik dan menyebabkan keadaan nampak sesak.

"Bila ada banyak sangat pihak berkuasa, ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan," katanya.

Beliau juga berkata sesetengah petugas itu "berlagak seperti mereka sedang berkelah atau bercuti."

"Ini bukan cara untuk menangani musibah," katanya, sambil menambah pihak yang tidak terlibat dalam operasi harus ditegah dari berada di tempat kejadian. [read more]
Semua di larang masuk kawasan bencana ... siapa yang curi ye?
Polis kata - Police say rumours on looting could jeopardise ops

No comments: