Ketuanan Melayu atau Ke tua la lu Melayu?

melalui email
MBSA tidak layan rayuan tangguh perobohan
Salam semua,

Sila semak gambar yang disertakan berkenaan Operasi Merobohkan Tapak Pameran Kenderaan Terpakai di Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan TESCO Extra Shah Alam.

OPERASI MEROBOH KAWASAN TAPAK PAMERAN KENDERAAN TERPAKAI DI BAWAH JEJANTAS PLUS BERHAD, SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR.
TARIKH OPERASI : 5hb. DISEMBER 2008 ( Jumaat )
MASA : 9.00Pagi - 11.pagi 1/4


Imej atas - Kontraktor-kontraktor MBSA siap sedia untuk membantu

Imej atas - Backhoe MBSA sudah mula memulakan Operasi meroboh pagar Tapak Pameran

Imej atas - Backhoe sedang meruntuhkan pagar .... runtuhan bermula


Imej atas - Penguatkuasa MBSA sedang berusaha mencabut tiang tiang pagar.


Imej atas - Penguatkuasa MBSA sedang memotong pagar menggunakan chaincutter


Imej atas - Anggota penguatkuasa sedang berehat selepas bertungkus lumus meruntuhkan premis perniagaan.


Imej atas - Sebahagian pagar yang berjaya di runtuhkan oleh MBSA

Kronologi kes;-
  1. Tapak Pameran adalah milik PLUS Berhad yang di sewa oleh Pemaju Inowaz Holding Sdn. Bhd [IHSB] untuk tapak pameran Kenderaan Terpakai sejak tahun 2006
  2. September 2007, pembangunan mula dijalankan untuk membersih dan memperindahkan kawasan tersebut bersama surat permohonan memohon lesen perniagaan sementara kepada MBSA.
  3. Disember 2007, tapak pameran sebanyak 14 lot telah siap dibina dengan kos mencecah RM300,000.00. Sebanyak 7 lot telah dimasuki oleh pengusaha kenderaan terpakai.
  4. Disember 2007 OSC MBSA bermesyuarat menolak permohonan Inowaz tanpa alasan.
  5. Disember 2007 dan Sepanjang tahun 2008 , pihak Inowaz Holding telah merayu tentang penolakan permohonan dengan mengajukan surat sokongan dan pertimbangan dari ADUN N.40 Kota Anggerik, YB Hj Yaakop Sapari, Exco Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu dan Pejabat Menteri Besar Selangor. Tetapi masih ditolak permohonan oleh pihak MBSA tanpa sebarang alasan yang munasabah.
  6. Sepanjang tahun 2008, berbagai Notis dan Kompaun dikenakan kepada pihak Inowaz Holding Sdn. Bhd. Walaubagaimanapun semua kompaun telah di bayar oleh IHSB tanpa ada tunggakan. Beberapa siri perbincangan dengan MBSA dan IHSB telah diadakan untuk menyelesaikan segala permasalahan.
  7. Pada 1hb. Disember 2008, Pihak MBSA telah menyerahkan Notis dan Surat Perobohan Tapak Perniagaan.
  8. Pada 3hb. Disember 2008 [2.30pm], Pengarah IHSB [ En Mazli Saring ] telah berjumpa sendiri dengan Timbalan Dato' Bandar MBSA Tuan Mohtar Hani untuk membuat rayuan dan memberikan surat menangguhkan perobohan. Di dalam perbincangan itu, Tuan Mohtar Hani telah bersetuju untuk menangguhkan perobohan, tetapi tidak sampai seminggu ... MBSA telah meruntuhkan premis tersebut.
Ketuanan Melayu? Wakakakakakak ....
Kalau Melayu runtuh bangunan melayu tanpa di benarkan rayuan ... apa ada dengan Ketuanan Melayu? Ketua la lu Melayu ... .
Kat Shah Alam, jual nasi lemak bungkus? Dengan gerai pun diorang bungkus. Wakakakakakak
Ketuanan Melayu? Chetttt porrraaahhhhh !!!

10 comments:

Al Hamzah Gold said...

kalau gerai cina ka, keling ka..takpa la hampa pi roboh.. nie gerai org melayu kita sendiri.. ISLAM plak tu.. bangang betul la hampa nie!

Anonymous said...

Mampuih la melayu. MBSA penuh dengan orang UMNO dulu sampai sekarang. MB tak berani nak rombak. Tak der telur. Sekarang yang rosak nama kerajaan baru. Bodoh punya MB

Kembara Politik said...

Assalamuaalikum buat semua Tuan Blog,

Bila dah menang kat Selangor, masih lagi nak tuding jari pada UMNO?

Kasihan Pakatan Rakyat kalau masih lagi dengan mentaliti pembangkang di Selangor. Baru berkuasa tak sampai setahun dah haru biru.

Dulu MPAJ roboh kuil haram di tengah Hutan Simpan tak pasal-pasal Timb YDP MPAJ kena gantung tugas. Hari ni runtuh pula 2 buah rumah, 22 buah pondok, (tak ketinggalan) 2 buah reban ayam di Kuala Selangor.

Dulu masa MPAJ roboh kuil haram tu, ramai yang melatah, melenting. Siap ugut nak berhenti jadi MP. Siapa ye? Tak ada pula yang nak ugut berhenti jadi MPpada kali ini? (MP Kapar). Takde plak nak kata itu sebab nak renovate (Zuraida). Double standard!

Bila masalah Melayu, pemimpin PR jadi serba haru! Terutamanya pemimpin Melayu PR.

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/persamaan-dan-perbezaan-kes-1-dan-kes-2.html

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/10/kuasa-di-tangan-mereka-kuasa-sebenar-di.html

Anonymous said...

Tu lah masalahnya bila MB org korporat, EXCO nya pun sama.. tak dengar cakap org di bawah. Masa lepas menang dulu kita dah minta bersihkan semua anasir UMNO dlm semua agensi selangor. Sampai skrg tak buat2. Yg dilantiknya org yg tah dari mana, masa PRU 12 tak nampak muka pun, bila menang dia lah kononnya yg byk berjuang. Semua PBT problem sebab kerajaan baru tapi pegawainya tetap KARAT UMNO.
PR SAUJANA UTAMA

Putra IJ80 said...

Apa diharap padi di seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kepada orang,
Entahkan peduli entah kan tidak.

TSKI dan exco nya nak memerintah Selangor ni cume untuk term ni saja,selepas ni Kluge Toyol pasti kembali .

Kemudian pada masa tu salahkan rakyat.

Sperti yg.belaku pada PAS di Trangganu.

Anonymous said...

ape ader org berangan lai ker..setelh tnh2 kor rembat...wahai umno usah berangan la..air aku percuma..kmpung aku brembang kor tiau..nk blk memerinth sori bai..silap sket jer mb nie..die kesian kat pnjawat majlis bndaran nie..yg dulu dilntik bn/umno..kla aku pecat jer..byk lg org yg lyak..dr ke ir ker..org dlm gomen ker..

Anonymous said...

Kesian kat Budak PKR.
Dah la nak minta kontrak pun tak dapat, yang ada kedai pun kena roboh.

Apa bingai la pemimpin yang ada sekarang.

Edyes said...

Macamana bangsa aku nak maju, bila ada orang2 serupa ini !!

Kalau aku jadi menteri, aku akan robohkan PETALING STREET !

Edyes said...

dan CHOW KIT !!

Anonymous said...

Tu lah kalau mb yg sombong,pekak,gagap dan dia rasa dah hebat. Dia rasa duit dia besar dari pengorbanan geng re4mis. Kita kenang balik, masa PRK di Ijok yg lepas. Bukan dia tau ucap t. kasih.Kita bagi dia muka, kat dia pasal DSAI punya pilihan saja. Dia menang pun, pasal rakyat tengah marah kat bn. Kalau tak ,jng harap.... Yg exco pula,dah jadi jadi kroni dia. Mana-mana exco terlibat, faham-fahamlah.