Pekerja kelab Golf Astana Kuantan berpiket

Bharian | .Seramai 75 orang pekerja Kelab Golf Astana dan Country Club di sini yang disita awal pagi semalam kerana didakwa gagal menjelaskan tuntutan bayaran pinjaman berjumlah kira-kira RM30 juta berpiket bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kelab itu.

Semua pekerja itu mengadakan piket di hadapan kelab berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada pengurusan kelab berhubung status mereka dan memastikan terus kekal bekerja di situ.

Penyitaan kelab itu jam 1.30 pagi semalam oleh wakil Agro Bank, selepas memperoleh writ penyitaan mahkamah....read more.

No comments: