malaysiakini | Penduduk Kg Baru Plentong Tengah, yang dipaksa berpindah oleh sebuah syarikat pemaju hujung bulan ini, mendakwa mereka semua mangsa penipuan oleh beberapa pihak sehingga hilang hak memiliki tanah tersebut.
Dalam satu laporan polisnya kelmarin, jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu mendakwa pembelian tanah mereka pada 1968 telah diseleweng oleh wakil-wakil rakyat, dua peguam dan dua syarikat.
Setiausaha jawatankuasa itu Hassan Wan Ismail membuat aduan di balai polis daerah Johor Bahru pagi Rabu lalu pengerusinya Kamarul Ariffin.
Selain mereka, ahli jawatankuasa PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah bersama kira-kira 50 orang penduduk kampung turut hadir di balai berkenaan....read more.
No comments:
Post a Comment