malaysiakiniAku cadang nak tubuhkan kumpulan pengayuh basikal baru dengan nama "SENYAP". Kalau "JERIT" kena tahan, takkan "SENYAP" pun kena tahan. Kalau kena tahan jugak, aku kena tukar nama kumpulan tu jadi "DIAM - DIAM". Jika masih kena tahan .. aku tukar lagi pada nama "PEGI MATI LA".
Polis Kajang memutuskan untuk membenarkan 28 penunggang basikal yang berusia di bawah 18 tahun, untuk meneruskan kayuhan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan".
Pada awalnya, pihak polis mengarahkan mereka - yang memulakan kayuhan di Johor - supaya melaporkan diri di balai polis Bangi.
Menurut penganjurnya - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) - pihak polis mahu menyemak butiran diri mereka dan memastikan sekiranya penyertaan mereka dibenarkan oleh ibu bapa masing-masing.
Sebahagian pengayuh terbabit berusia antara 16 hingga 17 tahun.
Kumpulan kedua seramai 63 penunggang basikal dari Utara, ditahan di satu sekatan jalanraya di pekan Rawang pada kira-kira jam 5 petang, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.
Sebaliknya, 4 penganjur dan 7 penunggang basikal yang menaiki bas yang mengiringi mereka, dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat, kata seorang penyelaras Jerit[read more]
Polis benar 28 pengayuh Jerit teruskan perjalanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment